Header Ads

ads header

Flash News

Dua lagi patung berhala ditemui, diletak di pagar surau sama


PELABUHAN KLANG, 23 Feb — Bagai tiada kesudahan apabila dua lagi patung berhala diletakkan di pagar Surau Sabilul Huda, Taman Pendamar Indah, di sini petang ini.

Patung yang bersaiz lebih kecil sebesar tapak tangan ditemui Hasanah Ibrahim, 64, yang mahu menghadiri kuliah agama di surau itu, lapor Harian Metro.

“Apabila menghampiri pagar surau, saya terlihat dua objek yang diletakkan di sebelah kiri dan kanan tembok sebelah pintu.

“Malah sebaik didekati, ia adalah dua patung berhala kecil saiz sebesar tapak tangan.

“Saya terkejut dan kemudian memberitahu tiga rakan, sebelum kami masuk ke surau dan memberitahu ahli jawatankuasa.

“Hal ini sangat mengejutkan kami terutama selepas kejadian tempoh hari,” katanya.

Ketua Polis Klang Selatan ACP Shamsul Amar Ramli mengesahkan kejadian dan menasihati orang ramai tidak bertindak sendirian.

Sebuah patung berhala ditemui berhampiran pintu masuk surau sama pada petang Rabu oleh siak Mohd Yatim Omar, 64 selepas waktu Zohor.

MR :  Ada orang nak bergurau dengan masyarakat Islam


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan