Header Ads

ads header

Flash News

Dulu ahli keliru kerjasama PAS-Umno, kini mereka faham dan terima demi Islam


SHAH ALAM, 9 Feb — Ahli PAS akar umbi kini sudah mulai faham dan tidak keliru dengan keputusan tertinggi parti untuk bekerjasama dengan Umno, kata naib presiden.

Datuk Iskandar Abdul Samad berkata perkara itu terbukti melalui semangat anggota dalam pilihan raya kecil Cameron Highland baru-baru ini, lapor Berita Harian.

“Selain itu, dengan izin Allah momentum positif di Cameron akan diteruskan pada PRK Dewan Undangan Negeri Semenyih nanti,” katanya semalam.

Pesuruhjaya PAS Selangor itu percaya Pakatan Harapan (PH) khuatir dengan kerjasama itu, yang disifatkan boleh menggugat pengaruh mereka dalam piliha raya akan datang.

Katanya, berdasarkan keputusan pilihan raya umum (PRU) ke-14 sekurang-kurangnya 29 kerusi yang dimenangi PH disebabkan undi PAS dan BN berpecah.

“Perlu diingat, PH akan hilang semua kerusi ini jika undi PAS dan BN tidak berpecah,” kata bekas exco Selangor.

Beliau juga yakin isu dana RM90 juta daripada Umno tidak dapat mempengaruhi kemarahan rakyat terhadap PH yang gagal menunaikan janji manifesto PRU-14 di Semenyih.


MR :  Kerjasama PAS-UMNO bukan perkara mudah dan PAS perlu bijak dan berhai-hati dalam isu ini


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Bekerjasama dengan umno bagi memperkukuhkan suara orang Melayu dan Islam adalah tepat. Ini bagi menyatukan suara kita dalam menentang perkara mungkar yang dilakukan oleh PH.

    Tetapi buat masa ini Pas tidak harus memikirkan untuk bekerjasama dengan parti cina termasuk mca mahupun gerakan. Build our internal strength, focusing on getting most support from the Muslims. When we are very strong, any party be it mca that may want to cooperate with pas may think twice untuk tarik tali dengan Pas, luke DAP used to do before.

    BalasPadam