Header Ads

ads header

Flash News

Hebat tentera bawang sekarang. Belum sempat apa-apa lagi, calon PH Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih sudah kena tenyeh


Aiman Zainali, calon dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang mewakili Pakatan Harapan (PH) adalah seorang anak muda yang lahir pada tahun 1989.

Calon berusia 30 tahun ini merupakan anak jati Semenyih dan bekerja sebagai seorang jurutera di syarikat swasta. Aiman adalah menantu kepada penyandang, Bakhtiar Mohd Nor, 57, yang meninggal dunia akibat serangan jantung.

Pencalonannya mendapat tentangan dari pimpinan setempat apabila jawatan hanya diberi kepada ahli keluarga yang tidak berjasa di kawasan, menurut mereka.



Namun tentera bawang tidak mudah tertipu dengan biodata yang diberikan oleh pihak PH yang sudah pasti selama ini hanya menipu untuk mengaburi masyarakat.

Setelah diperiksa, Aiman dilihat pertama kali menipu kelayakan akademiknya di halaman Linkedin.com apabila mendakwa memiliki Doktor Falsafah (PhD) di dalam bidang ‘Mobile Communication’ pada tahun 2016.



Namun serangan ke atas kelayakan akademik pemimpin-pemimpin PH akhir-akhir ini membuatkan Aiman terpaksa mengubah strategi dengan membuat sedikit kemaskini di dalam poster kempennya, iaitu kelayakan akademiknya diubah dari memiliki PhD kepada ‘sedang mengikuti pengajian Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di dalam bidang Kejuruteraan Elektrik, di Universiti Teknoogi Mara, Shah Alam’.

Bidang yang berlainan dari yang didakwa di halaman Linkedin.com.



Tindakan Aiman ini bijak tetapi ia tidak membawa maksud apa-apa selain mengesahkan beliau pernah menipu tentang kelayakan akademiknya dan ia sekadar memberi maksud calon itu tidak memiliki PhD, itu sahaja.

Tetapi tindakan Aiman ini membawa kepada persoalan kedua iaitu adakah calon PH ini telah mengambil Ijazah Sarjana atau Master? Atau adakah dari kelulusan Ijazahnya mampu melayakkan dirinya terus mengambil PhD?

Kesimpulannya, jika tidak memiliki PhD, perlukah meletakkannya di dalam biodata ‘sedang mengikuti pengajian PhD?’

Adakah itu format yang betul?

Itulah di antara persoalan yang diutarakan oleh tentera bawang tentang calon muda di Semenyih ini. Apa komen anda?



MR :  Kalau ada lagi Melayu Islam undi calon PH tak tahu nak kata apa lagi


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan