Header Ads

ads header

Flash News

Kalau PAS dituduh ‘tunggang agama’, AES ikut maqasid tunggang apa pula?


PENDANG, 15 Feb — Naib presiden PAS membidas pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah) yang “bertelagah” dalam isu pemasangan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

Idris Ahmad berkata sebelum ini Datuk Mahfuz Omar mahu menghapuskan AES tetapi pemimpin Amanah lain pula menganggap ia menepati maqasid syariah, lapor Utusan Online.

“Kalau PAS guna kaedah agama dalam sesuatu isu dahulu dikatakan menunggang agama. Hari ini, dalam isu AES yang menepati maqasid syariah itu pula dikatakan apa, tunggang apa pula ini,” katanya.

Minggu lalu Hasanuddin Mohd Yunus, seorang naib presiden Amanah, berhujah sistem AES dan saman yang diperkenal sejak 10 tahun lalu menepati maqasid syariah kerana menjaga nyawa.

Namun, seorang pemimpin Pemuda Amanah Faiz Fadzil, yang menentang kuat AES sebelumnya, tidak menganggap sistem saman trafik itu menepati maqasid syariah.

“Rakyat masih bergelut dengan kos sara hidup yang tinggi dan kerajaan pula sedang berusaha keras mengurangkannya, namun pelaksanaan AES ini bertentangan dengan perkara ini,” kata timbalan ketua Pemuda Amanah.

Kaedah maqasid syariah memberatkan lima perkara utama dalam pertimbangan hukum syarak: agama, nyawa, akal, keturunan dan harta.

Sementara itu, lapor New Straits Times, Jabatan Pengangkutan Jalan menafikan dakwaan ia memasang kamera tambahan di 26 lokasi sepanjang lebuh raya PLUS.

“Tiada pemasangan kamera baru itu seperti yang didakwa,” kata jabatan itu dalam satu kenyataan, dengan menjelaskan kamera sistem AES dipasang di 45 kawasan seluruh negara.

Sebelas lagi kamera AES — kini diberi nama Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas) — dirancang akan dipasang oleh PLUS Malaysia Berhad (PLUS).

Namun bulan lalu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke juga menjelaskan lokasinya masih dalam penelitian dan akan ditentukan pihak kementerian nanti.






Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Parti liberal kuali imayam putumayam pimpinan tuan guru syiah adalah khadam kepada abang besar parti kafir harbi roket maka parti kuali imayam putumayam tidak akan bercakap selagi tuan guru abang besar roket tidak membuat 'fatwa'.

    Maka tidak hairanlah jika yang halal boleh menjadi haram dan yang haram boleh menjadi halal mengikut 'fatwa' luar biasa tuan guru abang besar roket yang disebarkan oleh khadam-khadam kuali untuk menyokong tuan mereka menegakkan benang basah dan kencing rakyat.

    BalasPadam