Header Ads

ads header

Flash News

Kanak-kanak 7 tahun cipta rekod sebagai pelari terpantas


Baru-baru ini, Rudolph Ingram Jr. dinobatkan sebagai kanak-kanak terpantas selepas mencatat masa larian, 13.48 saat untuk jarak 100m dalam satu acara saingan sekaligus mencipta rekod untuk kategori seusianya.

Sebelum ini, dia dikenali selepas menyertai Kejohanan AAU bersama 200 kanak-kanak seusianya dan memenangi tempat kedua. Dalam beberapa kejohanan AAU, Rudolph memenangi 36 pingat, 20 daripadanya pingat emas. AAU ialah kejohanan atletik muda amatur yang dianjurkan secara tahunan untuk beberapa sukan.

Dalam satu video yang dimuatnaik untuk menunjukkan ketangkasan Rudolph, dia yang bertubuh sado didapati berlari bersama beberapa orang termasuk orang dewasa untuk membandingkan kepantasannya.

Bapa kanak-kanak itu, yang juga jurulatihnya, Rudolph Ingram, akui bangga dengan pencapaian anaknya yang baru berusia 7 tahun itu.

“Rudolph memulakan latihan sejak berusia 4 tahun dan mencipta rekod baru untuk acara larian 100m di Amerika Syarikat,” ujarnya.

Dia kini mempunyai lebih 300,000 pengikut di laman Instagram dan mahir dalam sukan bola sepak. Dia merupakan ahli organisasi bola sepak, Tampa Ravens.

MR :  PH pun buat rekod baru juga, kencing paling banyak dan paling lama


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Admin minda rakyat ni banyak makan tahi dari nasi sebab itu otak bodoh dan bengang.Dah jelas UMNO dan Najib banyak merosakkan kewangan negara dan salah guna kuasa tetapi masih buta dan tuli.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita tunggu kes selesai, main persepsi je

      Padam