Header Ads

ads header

Flash News

Kebodohan Orang Bercakap Benar


Cukup galak mereka menjaja PAS berbohong dengan kenyataan-kenyataan jahat seperti 'PAS menghalalkan pembohongan ,Taqiyyah adalah amalan orang PAS , PAS tidak boleh dipercayai lagi dan PAS perkenalkan bohong patuh syariah". Rumitnya memahamkan mereka ini adalah kerana kerumitan dan komplikatednya cara mereka berfikir. Kesimpulan pertama saya, cara berfikir rupa-rupanya juga hidayah dan bukanlah sangat dari kemahiran dan daya intelektual seseorang semata-mata.

Kelemahan mereka adalah pada satu titik iaitu kegagalan memahami perbezaan antara "BOHONG" dan "MEMPERTAHANKAN RAHSIA". Ini adalah kerana lemahnya aqal mereka membezakan antara kedua-dua terma ini.

Maka, untuk memudahkan aqal mereka berfikir dengan mengindikasikan kepada kes Nik Abduh, saya ingin mereka menjawab soalan-soalan berikut jika ada orang bertanya kepada mereka. Apakah yang anda akan jawab jika orang bertanya kepada anda soalan berikut...

" Adakah anda pernah terfikir tentang Allah seperti manusia" ( Tafakkur fi zatillah )
"Adakah anda pernah terfikir tuhan ini tidak wujud"
"Adakah anda pernah kencing berdiri" ( al-Baul Qa'iman )
"Adakah anda pernah mandi bogel"
" Adakah anda pernah membayangkan untuk meniduri artis yang anda minati" ( Ghaddhul basar )
"Adakah anda pernah menyetubuhi isteri melalui belakang" ( ityanul mar'ah )
"Adakah anda pernah melihat kemaluan isteri/suami anda"
"Adakah anda pernah melakukan onani" ( Istimna' )
"Adakah anda pernah melakukan seks luar tabii" ( liwat )


Biar saya bantu anda untuk menjawab soalan-soalan diatas jika anda ditanya. Jawapan yang mesti diberi bagi semua soalan diatas ialah TIDAK. Harus diingat, Jangan ada sesiapa yang menjawab YA sekalipun memang sebenarnya anda pernah melakukan perkara-perkara diatas. Jika ada sesiapa yang menjawab YA kepada mana-mana soalan diatas bila ditanya, maka itulah yang dikatakan KEBODOHAN ORANG YANG BERCAKAP BENAR. Ini adalah kerana, Semua ini adalah rahsia kita, milik peribadi kita dan tidak boleh dikongsi dengan orang yang bukan menjadi keperluan syarie untuk dikongsi.

Kerahsiaan adalah milik peribadi yg bukan semua boleh didedahkan kepada awam termasuk kepada orang yang paling rapat dalam satu selimut dengan kita iaitu isteri atau suami. Adalah 'bodoh' seseorang yang mendedahkan rahsia hanya semata-mata kerana takut dituduh 'bohong'. Begitu jugalah situasi Nik Abduh ketika ditanya wartawan tentang kesahihan suara audio tersebut. Ia adalah rahsia jamaah gerakan Islam yang melibatkan stategi dan dan tipudaya politik. Pilihanraya adalah ' Medan Peperangan' bagi orang politik. Jika tentera perang dibenarkan berhelah dalam strategi perangnya maka begitulah keadaannya 'panglima politik' seperti Nik Abduh. Sinonimnya, Adalah 'bodoh' tentera Iraq mengaku mereka memiliki senjata nuklear kepada Amerika bila Amerika meminta berbuat demikian.

Secara Etika dan adab dalam hubungan sosial sekalipun perlu menjaga kerahsiaan termasuk dalam konteks Istifta' ( meminta fatwa ). Seorang lelaki perawat orang sakit datang bertanya kepada Rasulullah tentang hal peribadinya yang amat privasi iaitu keterlanjurannya dengan seorang wanita iaitu muqaddimah zina ( bukan zina). Namun ia disampuk oleh Sayyidina Umar RA dengan katanya :

Satarakallah lau satarta nafsak..
Maksudnya : Allah akan menutup aib/rahsia kamu jika kamu menutupnya sendiri.

Begitu jugalah tepatnya tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika diminta mengaku kesahihan video mengaikan dirinya dengan seorang wanita serta tuduhan liwatnya. Beliau konsisten mengatakan TIDAK sehingga beliau ditangkap dan dibicarakan seterusnya dipenjarakan hinggalah dibebaskan.

Bahkan walaupun beliau meminta pengampunan agung sekalipun, beliau konsisten 'Tidak Mengaku' hingga hari ini. Kita mesti menghormati pendirian Nik Abduh sebagaimana kita menghormati pendirian Anwar Ibrahim tentang hal kerahsiaannya. Tidak wajar menghukum Anwar Ibrahim sebagai 'bohong' hanya kerana beliau menyembunyikan 'Rahsianya'.

Fadh
Rembia, Melaka.
25/2/2019



MR :  ............


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Anwar sudah lupa diri yang sebenarnya . Matlamat hanya jadi PM sudah amat ketara sekali

    BalasPadam
  2. Andai dalam peperangan tiba² anda sorang dapat di tawan musuh...adakah anda akan jawab yang benar apabila musuh yg menawan anda tanya di mana rakan² anda dan bagaimana kekuatan senjata dan bahan letupan yg ada pd mereka?

    BalasPadam