Header Ads

ads header

Flash News

Lagi kes hina nabi di Facebook, belia Sabah lapor polis


SANDAKAN, 26 Feb ― Badan Belia Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (Belia Usia) Bahagian Sandakan dan Beluran membuat laporan polis terhadap pemilik akaun Facebook menggunakan nama Sally Yen kerana menghina agama Islam di laman sosial berkenaan.

Ketua Belia Usia Beluran Lokman Madlis berkata pihaknya bersama Belia Usia Sandakan membuat laporan tersebut di Balai Polis Sandakan, semalam, agar tindakan diambil terhadap pemilik akaun Facebook itu kerana menyiarkan kenyataan berbentuk penghinaan dan fitnah.

“Kami (Belia Usia Beluran dan Sandakan) mendapat pesanan daripada Ketua Belia Usia Sabah (Anggota Dewan Undangan Negeri Kemabong, Jamawi Jaafar) mengenai hantaran Facebook itu dan memutuskan untuk membuat laporan polis terhadap pemilik akaun terbabit.

“Hantaran di Facebook itu tidak harus dimuat naik kerana ia akan merosakkan keharmonian masyarakat pelbagai kaum dan kepercayaan di negara ini,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Lokman berkata dalam hantaran Facebook itu, pemilik akaun terbabit bukan sahaja menghina Islam sebagai “agama diciplak daripada agama Kristian”, tetapi juga memfitnah Nabi Muhammad SAW dengan perkataan kesat.

Katanya ketua Belia Usia bahagian lain di negeri ini juga dijangka membuat laporan polis terhadap pemilik akaun Facebook itu.

Beliau berkata Belia Usia mempunyai 26 bahagian di seluruh negeri ini.

Di KOTA KINABALU, Pertubuhan Penyatuan Islam Sabah turut membuat laporan polis agar tindakan diambil terhadap Sally Yen. ― Bernama

MR :  Bagi PH hina nabi tak apa jangan hina Mahathir... itu salah berat


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan