Mahathir Mungkir Janji, Kata Naib Presiden PKR
NAIB Presiden PKR, Chang Lih Kang mengkritik Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana menerima tujuh Ahli Parlimen UMNO, dan menyifatkan tindakan itu mengkhianati rakyat.
Ahli Parlimen Tanjung Malim itu berkata, beliau kesal kerana Dr. Mahathir memungkiri kata-katanya untuk tidak menerima mereka yang meninggalkan UMNO, untuk masuk ke parti-parti Pakatan Harapan.
“Dr. Mahathir pada Mei 2018 secara tegas menyatakan bahawa Pakatan tidak akan menerima ‘pembelot’ UMNO ke parti-parti Pakatan.
“Ia agak mengecewakan dalam kurang setahun, Dr. Mahathir memungkiri kata-katanya sendiri,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
“Sebagai ahli Parlimen Pakatan, saya mahu mendesak semua parti-parti komponen untuk henti menerima ahli Parlimen BN (Barisan Nasional), kerana ia menjejaskan imej parti yang memerintah.
“Rakyat telah membuat keputusan mereka untuk tidak menerima Barisan pada pilihan raya umum ke-14, dan kita tidak seharusnya menentang kehendak mereka dengan mengambil ahli-ahli Parlimen dari bekas rejim ke dalam kerajaan baharu,” tambah Lih Kang.
Dilaporkan, tujuh ahli Parlimen yang meninggalkan UMNO pada Disember lalu menyertai PPBM.
Mereka ialah Datuk Seri Hamzah Zainuddin (Larut), Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah), Datuk Dr. Latiff Ahmad (Mersing), Datuk Rosol Wahid (Hulu Terengganu), Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam), Datuk Shahbudin Yahya (Tasik Gelugor) dan Datuk Mas Ermieyati Samsudin (Masjid Tanah). – The Star
MR : Tanda-tanda nak perang..
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat
-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
❐ Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat
-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
❐ Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
❐ 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥
❐ Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia

MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com






©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
PH Yang kawin dgn bekas umno..
BalasPadamPH dh jadi Pakatan Mungkir Janji...dgn rakyat depa mungkir janji..skrg sama² depa pun mungkir janji...hancing
BalasPadam