Header Ads

ads header

Flash News

Mahkamah Persekutuan Merendahkan Martabat Mahkamah Syariah? – Lukman Sheriff


Bagaimana doktrin basic structure Indira Gandhi boleh melupuskan undang-undang Shariah kita. Di dalam kes Indira Gandhi, Mahkamah Persekutuan merendahkan status Mahkamah Shariah dengan menggunakan doktrin basic structure.

Doktrin basic structure adalah doktrin asing dari luar negara yang menyatakan asas Perlembagaan tidak boleh dipinda langsung oleh Parlimen. Masalah timbul apabila doktrin tersebut dipakai secara mutlak tanpa mengambil kira apakah asas Perlembagaan kita.

Dalam kes Indira, tanpa menganalisa apakah asas Perlembagaan kita, YA Tan Sri Datuk Zainun Binti Ali terus memakai doktrin secara bulat. Saya lampirkan keputusannya.

Maka kalau mengikut YA Zainun, secara kesimpulan ini adalah asas Perlembagaan:
1. Demokrasi
2. Pemisahan kuasa kerajaan (Separation of powers of branches of gorvenment)
3. Perlindungan hak minoriti (lihat perenggan 25)
4. Hak Asasi Manusia
5. Federalisma.

Bukankah ini asas yang patut dilindungi? Secara amnya ya. Tetapi ia adalah asas Perlembagaan asing seperti di Kanada atau India yang dipetik beliau. Tetapi ia tidak semestinya asas Perlembagaan kita.

Contohnya, bukankah kedudukan institusi Raja salah satu asas Perlembagaan kita? Bagaimana pula kedudukan Islam? Semua ini tidak dianalisa langsung dan mahkamah memakai secara bulat prinsip asing dan dengan itu menidakkan bidang kuasa Shariah.

Apa akan terjadi akibatnya adalah pertembungan dengan nilai dan peruntukan Perlembagaan sendiri. Ambil contoh golongan gay Muslim yang mahu berkahwin dan mempunyai anak. Bukan ke ini golongan minoriti?

Bukankah mereka didiskriminasi dari berkahwin dan mempunyai anak? Adakah perlindungan dari diskriminasi perlu untuk mereka? Kalau ikut doktrin ini sewajibnya begitu. Maka Parlimen tidak boleh buat undang-undang untuk mendiskriminasi mereka.

Jadi apa akan jadi dengan hukum syarak kita? Apa akan jadi dengan seluruh undang-undang Islam dan nilai budaya Islam kita? Ini adalah masalah utama doktrin ini. Ia dipakai secara wenang dan arbitrari. Mahkamah membuat undang-undang baru yang tidak “accountable” kepada rakyat tidak seperti Parlimen.

Maka mahkamah boleh memperkenalkan ideologi liberal yang akan terus menghakis dan melupuskan bidang kuasa Shariah dan nilai budaya sosial Islam yang sudah diamal selama beratus-ratus tahun sebelum kes ini. Mahukah kita terus berdiam diri? Diambil daripada Facebook Lukman Sheriff

Sumber https://www.menara.my/






Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan