Header Ads

ads header

Flash News

Menteri terdiam seketika ditanya peluang PH di Semenyih


SHAH ALAM 26 Feb. - Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof terdiam seketika apabila diajukan persoalan mengenai peluang Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, Sabtu ini.

Reaksi spontan Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Perkasa Negara (Bersatu) itu ketika ditanyakan soalan oleh moderator, Tan Sri Johan Jaafar dalam program Bicara Minda, sekaligus mencetuskan pelbagai persoalan mengenai kedudukan calon PH.

Beliau dilihat tiada kata tersebut sekurang-kurangnya 10 hingga 15 saat sebelum kemudiannya memberitahu yakin kerusi Semenyih akan kekal menjadi milik PH.

“Jika sebelum ini saya berasa kurang yakin tetapi sekarang ini saya yakin yang kita akan menang di Semenyih,” katanya ringkas tanpa menjelaskan apakah asas kepada keyakinan tersebut.

Kepada soalan mengenai kerusi Rantau pula, Mohd. Redzuan berkata beliau belum sempat membuat penilaian terperinci dan tidak dapat menjawabnya secara tepat buat masa ini.

Ditanya Johan mengapa beliau menampilkan dua versi jawapan bagi Semenyih dan Rantau, Mohd. Redzuan berkata, banyak kriteria yang perlu diperhalusi sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.

“Banyak faktor perlu dinilai, soal siapa calon dan sebagainya dan tentu sekali pihak lawan ada senjata mereka, begitu juga kita tetapi ada baiknya kita perlu berhati-hati dalam memberi kenyataan,” katanya. – UTUSAN ONLINE


MR :  Nak cakap bimbang orang tahu dia "kencing"


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan