Header Ads

ads header

Flash News

Menurut Kajian, Wanita Lebih Bahagia Dengan Lelaki Tak Handsome


Meski sedap mata memandang namun tak semua wanita tertarik dengan lelaki kacak dan memilih mereka sebagai pasangan hidup.

Mungkin sebab itu juga ramai wanita memilih pasangan yang biasa dari segi rupa paras malah ada yang dilihat sangat berbeza bagai beauty and the beast.

Menariknya ada kajian dibuat tentang perkara ini yang berkait dengan kebahagiaan.

Satu kajian saintifik menunjukkan, rata-rata wanita lebih bahagia dengan pasangan yang kurang menarik daripada dirinya sendiri.

Hasil kajian Florida State University menganalisis hubungan 113 pasangan yang baru berkahwin dalam usia 20-an. Tujuannya ialah untuk mengetahui sama ada penampilan menarik seseorang itu adalah kunci kebahagiaan dalam hubungan.

Kajian sebelum ini pada tahun 2011 oleh Journal of Personality and Social Psychology menyebut lelaki biasa dengan isteri cantik umumnya mempunyai perkahwinan yang lebih berkekalan dan bahagia.

Penemuan terbaru ini menyokong kajian di mana ramai wanita memang lebih bahagia dengan lelaki rupa ‘biasa’.

Hasil kajian juga mendedahkan, wanita yang mempunyai suami menarik ternyata lebih bimbang dari segi penampilan mereka dan sanggup berusaha untuk berdiet dan menjaga penampilan. Mereka juga lebih takut jika suami mereka akan dirampas oleh orang lain.

Sebaliknya, isteri-isteri yang mempunyai suami yang kurang menarik, tidak terlalu memaksa diri dari segi penampilan. Mereka juga tidak merasakan keperluan untuk bersaing dengan wanita lain untuk kelihatan cantik.

Ada betulnya juga hasil kajian ini. Tapi kalau dah jodoh dengan lelaki kacak nak buat macam mana kan. Terimalah dengan redha.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Susah nak cakap jugak lelaki tak hendsome baik dan jujur.... pengalaman hidup saya sendiri lagi ramai kawan2 saya dlm kategori tak hendsome yang lagi "buaya ganas" dan suka pasang ramai awek, berbanding yang hendsome....biasa yg tak hensem ni pandai mengayat dan berlakon..he.he.

    BalasPadam