Header Ads

ads header

Flash News

Orang sini yang serang PAS - Hadi


MARANG: PAS mendakwa ada pihak mempergunakan nama Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown untuk terus menyerang parti itu berhubung dakwaan isu penerimaan dana RM90 juta menerusi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Presidennya, Datuk Seri Hadi Awang, berkata berdasarkan maklumat dalam pengetahuannya, nama editor berkenaan dipergunakan pihak dalam parti politik tertentu yang mahu terus membuat serangan menjatuhkan PAS, walaupun kedua belah pihak sudah bersetuju dengan penyelesaian luar mahkamah berhubung tuntutan saman isu itu.

“Biarlah dia (Rewcastle Brown) nak serang pun. Kita tak perlu jawap pada dia pun sebab dia tak mengundi di sini.

“Tetapi apa yang saya tau, bukan Rewcastle Brown yang serang (PAS), orang sini yang serang, dia guna jenama (Rewcastle Brown) saja,” katanya ketika ditemui selepas majlis ramah mesra bersama komuniti Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Sungai Kerak di sini, malam tadi.

Beliau mengulas serangan pelbagai pihak terhadap parti itu berhubung dakwaan isu penerimaan dana RM90 juta untuk pembiayaan politik parti itu menerusi 1MDB, dengan yang terbaru berkait penyaluran dana RM2.5 juta daripada UMNO kepada PAS, sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu.

Katanya, serangan yang diterima PAS bukan satu ancaman dan tidak meninggalkan kudis pada parti itu, malah ia terus meraih kepercayaan penyokong apabila PAS sehingga kini sudah mendaftarkan lebih 9,000 keahlian baharu sejak bulan lalu.

Beliau tidak hairan PAS menerima serangan berterusan walaupun beliau dan Rewcastle Brown bersetuju dengan penyelesaian luar mahkamah, kerana isu penerimaan dana RM90 juta diwujudkan pihak tertentu untuk menjatuhkan PAS pada PRU-14.

“Wajarlah PAS terus diserang kerana mereka sebelum ini tak mahu PAS menang dalam PRU-14, tetapi kita berjaya pertahankan Kelantan, rampas Terengganu dan miliki 90 kerusi di Parlimen.

“Tak sampai pun ancaman itu pada kita. Yang ancamannya surat khabar (media) AMANAH, media ini. Bukannya (serangan) langsung dari Rewcastle Brown.

“Saya tak tahu sama ada betul (ancaman) daripada Claire (Rewcastle Brown) ke atau AMANAH buat berita. Wallahualam,” katanya.

Mengulas mengenai dana RM2.5 juta didakwa diterima PAS daripada UMNO itu, Hadi berkata, pihaknya akan membawa perkara itu ke mahkamah untuk tindakan lanjut.

“Itu (RM2.5 juta) nantilah, kita bawa ke mahkamah, baru kita buktikan. Sekarang ini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah siasat, dah tengok pun ibu pejabat kita, lif pun rosak, dengan RM90 juta itu nak naik lif di pejabat PAS pun tak boleh sebab rosak, SPRM tengok pun tepuk kepala,” katanya.

Rewcastle Brown sebelum ini dilaporkan mencabar Hadi yang didakwa mengeluarkan kenyataan tidak konsisten berhubung penyaluran dana RM2.5 juta, iaitu sebahagian daripada dana RM90 juta yang disiasat SPRM ketika ini.

Hadi sebelum ini memuktamadkan penyelesaian di luar mahkamah dengan menarik balik tuntutan terhadap Rewcastle Brown, selepas memfailkan saman fitnah di Mahkamah Tinggi London pada 21 April 2017 berhubung laporan Sarawak Report yang mendakwa beliau menerima dana RM90 juta sebagai usaha menarik sokongan parti itu menyokong Barisan Nasional.

MR :  AMANAH tak ada modal... Walaupun memerintah tapi rakyat man jauh parti pengkhinat perjuangan Islam


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan