Header Ads

ads header

Flash News

Pemimpin tipu ijazah tak layak cakap isu integriti: Isma


Menteri dan timbalan menteri yang menipu kelayakan akademik tidak layak untuk bercakap mengenai isu integriti, kata Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Aminuddin Yahaya.

Beliau dalam tulisannya di Facebook, menyelar tindakan beberapa pemimpin kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang menipu kelayakan akademik mereka, dengan mengemukakan ijazah palsu.

Sejak beberapa hari lalu, isu kelayakan akademik Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya sebagai pemegang ijazah sarjana muda Pengurusan Perniagaan yang diperolehi daripada Universiti Cambridge, melalui program pengajian jarak jauh dipertikai.

Status akademik Setiausaha Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu menjadi persoalan apabila satu laporan polis dibuat berhubung dakwaan bahawa Universiti Cambridge sebenarnya tidak menawarkan program pengajian jarak jauh untuk kursus perniagaan.

Terbaharu, kecoh di media sosial apabila netizen mempertikaikan kelayakan Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian yang mendakwa mempunyai ijazah dan diploma Perakuanan daripada Universiti Putra Malaysia (UPM).

Hasil pemeriksaan mereka mendapati UPM hanya mula menawarkan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan pada tahun 1985, manakala Diploma Perakaunan tidak ditawarkan di universiti itu.

Mengulas perkara itu, Aminuddin berkata, isu yang dipertikaikan oleh rakyat hari ini bukanlah kerana ijazah, sebaliknya penipuan yang berlaku dalam kalangan pemimpin kerajaan.

“Dulu satu dunia mentertawakan negara kerana skandal 1MDB, kini dunia tertawakan kita kerana ramai menteri yang menipu kelayakan akademik.

“Malah ada orang kata untuk jadi ahli politik, kita tak semestinya ada ijazah. Tapi, persoalannya di sini bukanlah masalah ada ijazah atau tidak, tetapi penipuan yang berlaku,” katanya.

Beliau berkata, tindakan menipu kelayakan akademik itu secara jelas tiada ketelusan, serta tidak layak untuk pihak berkenaan bercakap mengenai isu integriti.

“Ini persoalan serius dan mereka sepatutnya letak jawatan,” katanya.


MR :  Cakap bohong dah jadi tabiat mereka... Yang pelik geng engkau dalam IRC dulu si IKRAM pun sama setongkol jual agama dan perjuangan


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan: