Header Ads

ads header

Flash News

Pemuda PAS soal DAP, sokong Mahathir kekal PM hingga PRU15?


KUALA LUMPUR, 19 Feb — Ketua Pemuda PAS bertanya DAP sama ada mereka menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri hingga pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

“Cabaran untuk DAP dan Lim Guan Eng, adakah mereka bersetuju dan menyokong Mahathir menjadi perdana menteri sehingga PRU15?” soal Muhammad Khalil Abdul Hadi di Facebook.

Gesaan tersebut dibuat wakil rakyat Batu Burok berikutan setiausaha agung DAP meminta PAS menunjukkan bukti dakwaan dua parti dalam Pakatan Harapan mahu menyingkirkan Mahathir.

Dakwaan itu dibuat setiausaha agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan dengan merujuk pertemuan Mahathir bersama tiga pemimpin PAS termasuk Datuk Seri Abdul Hadi Awang Jumaat lalu.

Khalil berkata tiada gunanya Lim menggesa Takiyuddin, yang mendedahkan perkara itu di media, untuk menunjuk bukti sedangkan menteri kewangan boleh bertanya Mahathir sendiri.

“Kenapa Lim tidak tanya Mahathir sendiri untuk apa keperluan dan sebab meminta dokumen sokongan dari PAS?” katanya yang melabel wakil rakyat Bagan “berlagak” tetapi “penakut”.

“Sebenarnya Lim tidak berani tanya Mahathir kerana hanya akan mendedahkan pekung yang telah lama bernanah di dalam PH,” katanya yang yakin kerajaan PH “sedang retak menunggu belah”.


MR :  DAP menyembunyikan agenda mereka dengan Anwar untuk singkirkan Mahathir


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Bagi PAS senang saja tak kira parti mana rule the country janji Org Islam yg lead PAS akan sokong. Di antara mahathir dan anwar macai2 PH rasa siapa yg boleh di arah2kan oleh DAP?

    BalasPadam
  2. Seronok tengok gelabah kingkong PH.Siapalh Pas.Tapi ramai tk lena tidur kerana pencak silat PAS.Setiap hari serang PAS.Itu tanda takut kpd kekuatan PAS.Setakat ini HANYA PAS SAHAJA ada INTEGRITI.Noktah!

    BalasPadam