Header Ads

ads header

Flash News

PKR terkejut Bersatu ingin lebar sayap di Sabah



Pengerusi PKR Sabah, Datuk Christina Liew terkejut dengan keputusan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ingin mengembangkan sayapnya ke negeri ini.

Ini kerana, katanya, ada persefahaman antara Perdana Menteri yang juga Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Mohd Shafie Apdal ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“Pada PRU Ke-14 lepas, mereka (Bersatu) tidak datang ke Sabah atas persefahaman menyerahkan kepada Warisan bersama PKR dan DAP.

“Tiba-tiba sekarang mahu datang ke negeri ini dan bekas ahli UMNO termasuk wakil rakyat akan menyertai Bersatu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri jamuan makan malam bersempena sambutan Hari Tenggiling Sedunia di sini, malam tadi,

Liew, yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah, bagaimanapun menyerahkan urusan lanjut keputusan itu kepada Mohd Shafie dan Dr Mahathir.

Liew berkata yang pasti Mohd Shafie memimpin kerajaan negeri dengan baik dalam mengukuhkan kewangan untuk melaksanakan pembangunan negeri ini.

“Ia menerusi pakatan baik kerajaan negeri diterajui Warisan bersama bersama PKR, DAP dan Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO),” katanya.

Beliau berkata majoriti rakyat Sabah juga memberi sokongan terhadap kepimpinan Mohd Shafie.

Pada Jumaat lepas, Dr Mahathir menyatakan Bersatu bersetuju untuk menubuhkan cawangannya di Sabah bagi membolehkan bekas anggota UMNO Sabah menyertainya.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas anggota UMNO Sabah yang bertindak keluar parti tidak mahu menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan) yang merupakan sekutu Pakatan Harapan. – Bernama



MR :  Terkejut atau terasa kena kencing?


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ’ฅCara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..๐Ÿ’ฅ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan: