Header Ads

ads header

Flash News

Saman SR: Ahli PAS jangan masuk perangkap musuh


SAYA merujuk kepada perkembangan terkini kes saman Sarawak Report yang telah difailkan oleh YB. Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang terhadap Editornya, Clare Rewcastle Brown di Mahkamah Tinggi London (The High Court of Justice, Queen’s Bench Division) pada 21 April 2017.

Setelah mendapat penjelasan lanjut dan terperinci serta meneliti kronologi perjalanan kes ini, PAS menghormati dan menyambut baik serta menyokong penuh langkah penyelesaian di luar mahkamah yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak, iaitu YB. Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, sebagai plaintif, dan Clare Rewcastle Brown, sebagai defendan, pada 1 Februari 2019.

Persetujuan melibatkan kedua-dua pihak plaintif dan defendan itu adalah di mana plaintif bersetuju tidak meneruskan (discontinue) tuntutannya (claim) terhadap defendan dan defendan bersetuju tidak meneruskan (discontinue) tuntutan balasnya (counterclaim) terhadap plaintif. Di samping itu tidak ada perintah mengenai kos (no order as to costs).

PAS percaya serta yakin langkah yang diambil oleh YB. Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS dalam hal ini adalah setelah mengambil kira kepentingan PAS serta ahli-ahli PAS secara keseluruhannya dari semua aspek.

PAS juga percaya persetujuan penyelesaian di luar mahkamah secara tidak meneruskan tindakan ini sedikit pun tidak tergolong kepada pengakuan (admission) terhadap isu dan perkara yang berbangkit dalam kes ini mahupun tohmahan-tohmahan (accusations) lain yang berkaitan yang dibangkitkan dari semasa ke semasa.

Justeru itu, PAS menyeru kepada ahli-ahlinya supaya terus istiqamah dengan memberikan sepenuh wala’ dan ketaatan yang tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan serta sentiasa berfikir dan bertindak secara berhati-hati agar tidak terjebak ke dalam ‘perangkap musuh’ yang sentiasa menanti.

PAS menyerahkan kepada Allah SWT di atas segala perkara dengan keyakinan bahawa Dia akan membantu serta memberi petunjuk kepada hamba-Nya yang beriman, bersabar dan dizalimi di samping membantu mereka yang berjuang di jalan yang lurus.

DATO TAKIYUDDIN HASSAN
Setiausaha Agung PAS
9 Februari 2019 – HARAKAHDAILY 9/2/2019

MR :  Ada orang solatnya hebat tapi keyakinan kepada Allah bahawa setiap fitnah pasti Allah akan balas setelah kita sabar dan tawakal


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ’ฅCara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..๐Ÿ’ฅ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. 4:59 Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.

    BalasPadam