Header Ads

ads header

Flash News

Siti Kassim ‘mastermind’ Pusat saman Kelantan?


NEGARA bakal digemparkan lagi dengan pendedahan terbaharu rakaman audio yang didakwa suara perbualan antara peguam, Siti Kassim atau nama sebenarnya Siti Zabedah Kassim dengan seorang penduduk Orang Asli dari Gerik, Perak. Audio tersebut sekali gus bakal memberi jawapan terhadap tujuan serta motif saman yang telah dikemukakan Kerajaan Pusat diterajui PH terhadap Kerajaan Negeri Kelantan pimpinan PAS berkaitan isu Orang Asli Pos Simpor baru-baru ini.

Pendedahan itu telah membongkar dan mengesahkan kesangsian banyak pihak terhadap kemungkinan wujudnya pencatur yang berkomplot mengheret perkara tersebut ke kancah perundangan. Kini, ia seolah-olah sedang meletakkan Peguam Negara, Tommy Thomas di kandang pesalah untuk diadili. Apatah lagi terdahulu sebelum ini hubungan rapat kedua mereka tidak lagi menjadi rahsia apabila rancak bersama menari ‘twist’ hingga dilihat mencabar etika profesion guaman.

Dari butiran disebut di dalam audio itu jelas menunjukkan bahawa saman tersebut adalah satu pelan atau perancangan, di mana sebenarnya bukan berteras pelanggaran undang-undang oleh pihak Kelantan dalam mengurus hal ehwal atau hak Orang Asli. Malah ia turut mendedahkan bahawa 'blockade’ yang kononnya dibentengi oleh pemuda Temiar (baca NGO Jaringan) rupanya menjadi sebahagian angkara didalangi ‘mastermind’ luar yang datang menghasut ini.

Kerana sebagaimana terpampang luas di dada-dada media, peguam itu bersama NGO Jaringan, serta pemimpin politik dari PH paling kerap dan aktif turun ke Hutan Simpan Hulu Kelantan ‘memperjuangkan’ isu ini. Namun, apakah persekongkolan secara ‘memperalat’ perundangan dan memperdaya masyarakat Orang Asli untuk sengaja menghukum satu pihak lain itu selaras dengan prinsip keadilan atau seiring Maqasid Syariah yang diperjuang dan dilaungkankan oleh PH selama ini?

Ternyata ‘pakatan’ oleh pihak terbabit hanyalah untuk mencipta 'precedent case’ dari mahkamah bagi mendesak Parlimen menggubal atau meminda suatu perundangan berkaitan, bagi mencapai agenda lebih besar pihak mereka. Tetapi tanpa malu mereka telah meletakkan perjawatan dan institusi penting negara kepada persepsi, pertikaian dan tohmahan yang boleh mencemar, merendah dan menghilangkan kredibiliti serta wibawa berkaitan keyakinan terhadap integriti dan keadilan.

Sehubungan itu juga kami menggesa Peguam Negara meletakkan jawatan atau sekurang-kurangnya bercuti dari terlibat dalam kes-kes tersebut setelah terpalit oleh skandal dan kepentingan seperti tersebar ini. Kami juga menggesa siasatan dilakukan pihak berkuasa dan jika terbukti benar butiran disebut dalam audio itu, maka bermakna Peguam Negara telah berada di bawah ‘telunjuk’ politik. Ianya sesuatu yang amat mengecewa dan memalukan serta menambah lagi titik hitam sejarah negara.

“Islam Memimpin”
“Terus Mara”

NAZMAN CHE IBERAHIMKetua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan