Header Ads

ads header

Flash News

Sudah-sudahlah bersandiwara, Pemuda Umno beritahu Syed Saddiq



PETALING JAYA: Pemuda Umno menasihati Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhenti daripada bersandiwara berhubung dakwaan dikasari dan diugut blogger kontroversi Papagomo di pusat penamaan calon pilihan raya kecil (PRK) DUN Semenyih, semalam.

Ketua Pemuda Umno, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata sandiwara Syed Saddiq makin terserlah apabila mendakwa Papagomo yang juga exco Pemuda Umno mencekak lehernya ketika beliau melalui kawasan penyokong Barisan Nasional (BN) berkumpul.

“Saya sendiri berhubung terus dengan Sir Azri (Papagomo) untuk dapatkan penjelasan beliau.

“Beliau memaklumkan kepada saya hanya memegang bahu YB Syed seraya berkata ‘Kau ini bodoh bro!’, untuk mengelakkan daripada beliau diapa-apakan setelah secara sengaja masuk melalui kawasan BN yang ditetapkan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” katanya menerusi kiriman Facebook.

Semalam, tular sebuah klip video memaparkan Syed Saddiq dikerumuni penyokong parti pembangkang sewaktu dalam perjalanan menuju ke keretanya selepas selesai proses penamaan calon bagi PRK Semenyih.

Menteri belia dan sukan itu kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Way selepas didakwa dikasari dan diugut Papagomo.

“Saya tidak tahu apa niat Papagomo yang tiba-tiba mencekak bahagian belakang leher saya dengan kuat ketika saya bersama 3 lagi rakan hendak meninggalkan pusat penamaan calon PRK Semenyih,” katanya.

Asyraf menambah, Syed Saddiq tidak mengikut arahan keselamatan dan “zoning” SPR serta menipu laporan polis.

“YB Syed Saddiq harus sedar Seksyen 182 Kanun Keseksaan memperuntukkan denda RM2,000 atau/dan penjara 6 bulan sekiranya disabitkan kesalahan.

“Ini boleh menyebabkan kelayakan YB selaku ahli Parlimen Muar gugur,” katanya.
MR :  Ada bukti video takkan nak bodohkan polis lagi PH??


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ’ฅCara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..๐Ÿ’ฅ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan: