Header Ads

ads header

Flash News

Tol Percuma Hanya Antara 11 Malam Hingga 5 Pagi, Kaki Disko Dan GRO Saja Yang Untung!!!


Sebagaimana yang dijanjikan oleh Muhyiddin Yassin sebelum ini, kerajaan akhirnya mengumumkan langkah pertama berhubung janji penghapusan tol bagi tujuan mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Dalam pengumuman yang dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri, kerajaan mengumumkan telah memulakan rundingan dengan Gamuda Berhad untuk mengambil alih empat lehuhraya bertol yang dimiliki syarikat tersebut.

Lebuhraya berkenaan ialah Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan Terowong SMART.

PENGUMUMAN - Dengan tujuan memberi lebih keselesaan dan kemudahan kepada pembaca, blog ini akan berpindah kepada WordPress bemula 1 Mac 2019. Alamat baru blog ialah Shahbudindotcom.net. Terima kasih.

Bermakna, semua lebuhraya yang dimiliki oleh Gamuda yang dirancang untuk diambil alih oleh kerajaan itu adalah terletak di sekitar Lembah Kelang saja.

Lain-lain lebuhraya, termasuk Lebuhraya Utara - Selatan mungkin akan dirundingkan di masa yang lain atau jika ada pilihanraya kecil lagi selepas ini.

Dengan pengambilalihan empat lebuhraya itu, kerajaan mengumumkan cadangannya untuk menukar mekanisme kutipan tol sedia ada kepada kaedah baru seperti berikut:-

Memperkenalkan caj kesesakan selama 6 jam sehari pada waktu puncak di mana pengguna tetap dikehendaki membayar kadar tol yang sama seperti jumlah yang sedia ada;

Kadar tol hanya dihapuskan sama sekali atau percuma pada waktu ‘off-peak’ iaitu antara jam 11 malam hingga 5 pagi; dan

Pengguna diberikan diskaun 30 peratus bagi penggunaan pada waktu-waktu biasa.

Oleh kerana keempat-empat lebuhraya ini terletak di ibu kota dan sekitar Lembah Kelang, jumlah rakyat yang benar-benar mendapat manfaat daripada mekanisme baru ini boleh dikata terlalu minimum kerana waktu antara 11 malam dan 5 pagi adalah masa tidur bagi manusia yang normal.

Sebaliknya, mereka yang mungkin mendapat untung adalah kaki disko, golongan yang suka berhibur pada waktu malam, GRO, kupu-kupu malam dan seumpamanya yang biasa keluar rumah sekitar jam 11 malam dan pulang sebelum 5 pagi.

Rakyat biasa yang bergelut pergi dan balik kerja pada waktu siang, realitinya langsung tidak mendapat apa-apa manfaat kerana tiada keperluan untuk mereka keluar rumah antara jam 11 malam dan 5 pagi itu.

Mereka yang pergi pagi dan balik petang untuk bekerja tetap dikenakan tol yang sama seperti era BN dahulu, kecuali jika keluar rumah sebelum 5 pagi dan balik selepas 11 malam.

Jadi, di manakah langkah kerajaan ini dapat mengurangkan kos sara hidup rakyat?

Dengan dijanjikan tol percuma sebelum mendapat kuasa, tetapi hanya potongan 30 peratus pada waktu biasa, kadar sama pada waktu puncak dan hanya percuma di waktu manusia biasa sedang tidur lena yang mahu diberikan setelah kuasa diperolehi, pengumuman ini sebenarnya masih jauh daripada janji PH yang sepatutnya.

Ini bukan janji ditepati, tapi janji dicapati.

ShahbudinHusin
23/02/2019



MR :  Kalau tak golongan ini siapa lagii Melayu yang sokong PH


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ’ฅCara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..๐Ÿ’ฅ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan