Header Ads

ads header

Flash News

Yang hina Agung masih bebas dan yang marah kepada penghina agung (bela) kena tangkap


KUANTAN: Seorang peniaga yang sebelum ini ditahan kerana didakwa membuat komen menghina Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah di Facebook dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Pahang Datuk Mohd Zakaria Ahmad, berkata lelaki berusia 46 tahun dari Kuantan itu dibebaskan 10 pagi semalam selepas ditahan selama 2 hari sejak 8 malam Jumaat lepas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan dan IPD Temerloh.

“Selain itu, 2 lelaki berumur 32 dan 36 tahun yang dipercayai terlibat melakukan ugutan jenayah ke atas peniaga berkenaan juga dibebaskan dengan jaminan polis selepas diambil keterangan di IPD Kuantan semalam,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Bagaimanapun, menurut Zakaria, siasatan terhadap 2 lelaki berkenaan masih diteruskan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

Kedua-dua lelaki itu ditahan Jumaat lepas selepas dilaporkan pergi ke premis perniagaan ahli perniagaan berkenaan di hadapan Kuantan Parade kerana tidak berpuas hati dengan tindakannya yang membuat komen berunsur penghinaan pada gambar Sultan Abdullah di Facebook.

Lelaki itu dilaporkan meninggalkan komen menghina itu ke atas gambar yang memaparkan Sultan Abdullah, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar dan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ia tular.

Sementara itu, pada satu sidang media, peniaga yang didakwa menghina Sultan Abdullah, Cheah Kim Hung, 46, memohon maaf kepada semua dan kesal dengan tindakannya memuat naik komen berkenaan.

Dia mendakwa komennya itu hanya bertujuan membalas komen seorang pengguna Facebook lain yang merujuk kepada raut wajah perdana menteri semasa gambar itu dirakamkan dalam istiadat yang diadakan di Dataran Parlimen.

Lelaki itu memohon maaf dan keampunan daripada Sultan Abdullah atas kesilapannya.

MR :  Itu hebatnya pemeritahan PH yang mana Tun Mahathir pun atas ihsan DAP menjadi PM. Anwar nak jadi PM ke-8 pun kena cium kaki DAP


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan