Header Ads

ads header

Flash News

Zamihan serah notis saman kepada Asri


Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja) Dr Zamihan Mat Zin berkata telah menyerahkan notis tuntutan undang-undang kepada Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Ia susulan kritikan Asri terhadapnya dalam satu forum Sabtu lalu.

Beliau berkata notis itu diserahkan peguamnya dan Asri diberi masa tujuh hari untuk menjawabnya.

"Beliau memfitnah saya dengan tuduhan yang boleh menjatuhkan kredibiliti saya sebagai penjawat awam.

"Beliau menyifatkan saya sebagai suka mengkafirkan Muslim lain, berperawakan keras dan mengamalkan Islam secara ekstrem.

"Dia juga menuduh saya sebagai bertanggungjawab mengaitkan Perlis dengan pengganas," katanya kepada Malaysiakini, hari ini.

Katanya, langkah itu untuk memberi pengajaran kepada Asri agar menghormati pihak yang berbeza pandangan dengannya.

Terdahulu, beliau merujuk laporan Malaysiakini yang memetik kenyataan Asri dalam forum bertajuk Sosma: Siapa Pengganas Dan Potensi Salah Guna Kuasa di Petaling Jaya, Sabtu lalu.

Asri antara lain berkata Zamihan berfikiran sempit kerana menyokong isu dobi untuk Muslim yang timbul pada 2017 dan mempersoalkan kelayakannya sebagai pegawai pemulihan pengganas dan penjenayah ekstremis Jabatan Penjara sebelum ini.

Berhubung isu dobi Muslim, Zamihan ketika itu berkata ia merupakan pandangan peribadi dan bagi memastikan kesucian pakaian orang Islam.

Mengulas laporan itu sebelum ini, beliau berkata "berlepas diri daripada dakwaan tidak berasas, fitnah dan berniat jahat oleh mufti Perlis dan Malaysiakini".





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. 32:25 (Pertentangan di antara satu golongan dengan yang lain itu) sesungguhnya Tuhanmu sahajalah yang akan memutuskan hukumNya di antara mereka pada hari kiamat, mengenai apa yang mereka berselisihan padanya.

    BalasPadam