Header Ads

ads header

Flash News

AMANAH ni bodoh, dulu zaman tak ada internet bolehlah menyamar sebagai bekas calon PAS, sekarang semua orang dah tahu


Tindakan bodoh parti AMANAH meletakkan ahlinya yang dahulu adalah bekas calon Pas pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), Mohd. Nor Yassin dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi DUN Rantau kali ini dianggap strategi bodoh dan makan tuan kerana ini akan mengurang calon AMANAH yang bakal menyokong PH.



Ahli AMANAH ini dulunya adalah calon PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Gemencheh pada PRU-13. Setelah PH menang dan PAS kalah dia telah lari diri dan menyertai parti AMANAH.

Bila wartawan tanya si Mohd Nor ini, dia berkata "Saya bertanding bukan atas nama Pas, sebaliknya sebagai calon bebas. Saya akan mengajak rakan-rakan Pas mengundi saya. Kononnya nak tarik ahli PAS sedangkan ahli PAS tak suka orang yang lari perjuangan bila kalah terus sertai AMANAH demi kebendaan.

Pemangku Pesuruhjaya Pas negeri, Rafiei Mustapha hari ini mengesahkan bahawa Mohd. Nor TELAH DIPECAT DARIPADA PAS SECARA AUTOMATIK apabila dia menyertai parti AMANAH. Memang dia ada kad ahli PAS tapi kad ahli PAS itu sudah tak sah lagi. Memang menjadi peraturan dalam PAS mana-mana ahli lari daripada perjuangan atau belot dengan menrtai parti lawan keahliannya akan terbatal secara automatik dan ada dalam perlembangaan PAS. Pihak PAS tak perlu keluarkan surat pemecatan keahlian atas isu ini.

Kata beliau, Mohd. Nor tiada lagi ada kena mengena dengan Pas, namun beliau mengakui terkejut dengan tindakan Mohd. Nor bertanding PRK DUN Rantau sebagai calon bebas. "Saya tidak fikir pencalonannya akan memberi sebarang kesan dan menjejaskan kerjasama Pas dan UMNO dalam PRK DUN Rantau. Beliau mahu pecah undi Melayu, itu sahaja," dakwanya.

Penyertaannya akan menjadi masalah kepada PAKATAN HARAPAN.

Persoalaannya bolehkan ahli AMANAH bertanding sebagai calon bebas sedangkan di situ ada calon PKR? Apakah pihak PKR mahu berdiam diri. Semak keahlian Mohd Nor ini. Jika dia memang sah ahli AMANAH, minta Pihak PH mengambil tindakan atas perkara ini.

Mohd Nor Yassin,67, yang bertanding pada PRK Rantau ini sebenarnya ahli Parti Amanah kawasan Rembau. Perkara itu disahkan oleh Timbalan Pengerusi Amanah Negeri, Mohamad Taufek Abd Ghani.

Katanya, pada 10 Mac lalu, beliau sendiri yang menyerahkan sijil keahlian kepada Mohd Nor yang merupakan bekas ahli Pas dan calon Pas Dun Gemencheh pada PRU13 lalu.

"Dia (Mohd Nor) baru sahaja sebulan menjadi ahli Amanah, dan kita juga tidak sangka dia boleh mengambil keputusan untuk bertanding sebagai calon Bebas pada PRK ini.

"Kita masih lagi menyiasat apa sebenarnya yang ingin dia lakukan, memandangkan dia ahli Amanah sepatutnya perlu berusaha dan memberi kerjasama untuk memenangkan calon PH, bukan sebaliknya.

"Tindakan yang dibuat itu melambangkan dia bukanlah seorang ahli yang ingin sama-sama mendokong perjungan parti, sebaliknya cuba melawan PH dan lebih buruk lagi cuba sabotaj Amanah pada PRK ini," katanya.
Tambahnya, perkara tersebut akan dirujuk ke Jawatankuasa Disiplin parti di peringkat pusat, untuk tindakan selanjutnya.

Terdahulu, tular gambar Mohd Nor semasa menerima sijil keahlian Parti Amanah, yang kemudiannya bertanding sebagai calon Bebas untuk PRK Rantau kali ini.

Melainkan PH pun berniat jahat dalam penyamaran ini.

Nasir Ramlee
nasirramlee@gmail.com
https://www.facebook.com/nasirramlee89


MR :  Ini dipanggil strategi 'bodoh' (guna perkataan penulis)

Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Menghadapi Kolesterol TINGGI!!?? Dapatkan PENCAIR KOLESTEROL DISINI>>>>KLIK SINI<<<<






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan: