Header Ads

ads header

Flash News

Bekas MB bidas cadangan Johor beli Legoland


PETALING JAYA: Naib Presiden Umno, Mohamed Khaled Nordin menyifatkan cadangan kerajaan Johor membeli taman tema Legoland Malaysia Resort daripada Khazanah Nasional Bhd tidak masuk akal kerana ia sepatutnya mengurangkan penglibatan dalam perniagaan dan berusaha memberi nafas baru kepada ekonomi negeri melalui kerjasama dengan sektor swasta.

“Mereka sepatutnya memberi fokus untuk membangunkan inisiatif ekonomi baru bagi Johor dan bukan memberi fokus kepada cubaan tidak matang, tidak produktif dan mengarut untuk membeli Legoland,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Exco Johor, Jimmy Puah Wee Tse dilaporkan berkata, kerajaan negeri tidak menolak kemungkinan membeli beberapa aset milik Khazanah di negeri itu, termasuk Legoland.

Tetapi, katanya, cadangan itu bergantung kepada persetujuan penjual dan pembeli.

Legoland Malaysia ialah taman tema Lego pertama di Asia yang dibuka pada 15 September 2012, dengan keluasan lebih 50 padang bola dan dilengkapi lebih 15,000 model Lego.

Khaled turut mempersoalkan kemampuan kerajaan Johor membeli taman tema itu dan jika ia boleh menguruskan Legoland dengan lebih baik.

Ini kerana, katanya, laporan media menyatakan Legoland mungkin bernilai sekitar RM1 bilion, termasuk hutang.

“Jika kerajaan negeri Johor serius meneruskan cadangannya, maka perlu dilihat prestasi kewangan sendiri dan bersifat telus terhadap analisis ‘market value’ Legoland.

“Kerajaan Johor sepatutnya menimbangkan segenap kebarangkalian yang wujud dalam mengambil keputusan membeli Legoland, sama ada dari sudut nilai tambah ekonomi, masyarakat dan sektor pekerjaan,” katanya.

Bekas menteri besar Johor itu berkata, banyak yang perlu dilakukan dan kesan pengambilalihan itu perlu ditanggung kerajaan negeri.

“Mereka wajib memikirkan langkah proaktif untuk menggalakkan kewujudan pekerjaan baru, merangka model kewangan yang sesuai untuk memaksimakan keuntungan yang bakal diterima kerajaan negeri dan mencari jalan menyelesaikan hutang Legoland.”

MR :  PH ni suka buat kerja mengarut


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan