Header Ads

ads header

Flash News

Bila Adun Paloh mahu jadi ‘jambatan’ perkenal Islam kepada DAP?


Sebelum ini kenyataan hasutan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyifatkan kerjasama Umno-PAS adalah “perang” terhadap masyarakat bukan Melayu.

Selang beberapa hari, Timbalan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming pula mengeluarkan kenyataan yang juga berbaur hasutan. Nga menakut-nakutkan rakyat bukan Melayu dengan memberi gambaran kerjasama Umno-PAS akan menjadikan Malaysia seperti Afghanistan yang diperintah Taliban sekiranya kedua-dua parti ini berjaya membentuk kerajaan kelak.

Melihat kepada kedua-dua kenyataan ini, ia bukan sahaja kenyataan yang rasis tetapi ia juga berbahaya kerana kenyataan seperti itu secara tidak langsung boleh menggugat keharmonian dan perpaduan negara ini. Malah, ia seakan-akan menimbulkan bibit-bibit unsur keganasan.

Pendek kata, kenyataan seperti ini jelas mengambarkan DAP sedang membunyikan semboyan kebencian masyarakat bukan Melayu terhadap masyarakat Melayu di negara ini. Dalam masa yang sama juga, ia menunjukkan sikap sebenar DAP yang bersikap perkauman, bukanlah seperti yang dicanang sebelum ini kononnya parti itu memperjuangkan demokrasi dan agenda rakyat.

Sejurus heboh tentang kenyataan berbaur hasutan itu, wakil rakyat DAP, Sheikh Omar Sheikh Ali bagaikan seorang hero menegur pemimpin DAP supaya berhati-hati ketika membuat sebarang ulasan isu semasa, termasuk perkembangan politik kepartian atau urusan rakyat dan kerajaan.

Namun, tindakan Sheikh Omar sememangnya wajar tetapi apabila difikirkan semula, adakah pemimpin tertinggi DAP mahu mendengar nasihat picisan seperti ini? Malah bukankah sebelum ini Sheikh Omar ada menyatakan beliau mampu menjadi “jambatan” untuk perkenalkan Islam kepada DAP. Jadi selama ini apa yang Sheikh Omar buat dalam DAP?

Jika benar pemimpin DAP sudah ditarbiah oleh Sheikh Omar sudah pasti mereka tidak berani mengeluarkan kenyataan yang berunsur ancaman dan menakut- nakutkan rakyat.

Tetapi malangnya, sudah terlambat untuk Sheikh Omar memberi nasihat kepada pemimpinnya kerana kini segalanya sudah terbukti DAP adalah sebuah parti yang rasis. Untuk apa kenyataan seperti ini dikeluarkan disaat-saat rakyat sudah hilang kepercayaan terhadap parti komponen dalam Pakatan Harapan? Apatah lagi dengan kenyataan hasutan seperti itu.

Jadi semua ini tidak ubah seperti pementasan wayang yang sengaja diaturkan bagi mengubah persepsi rakyat terhadap DAP. Malah ia seolah-olah untuk meraih simpati rakyat terhadap parti DAP selepas dihentam teruk oleh pelbagai pihak termasuk semua lapisan masyarakat.

Jika Sheikh Omar benar-benar ikhlas mengeluarkan kenyataan seperti itu untuk mempertahankan agama dan bangsa sendiri, beliau perlu buat sesuatu untuk membuktikan tindakannya. Jika berani silalah keluar dari DAP kalau pemimpin DAP berterusan memperjuangkan agenda ekstrem termasuk menghina bangsa Melayu dan agama Islam.

Jangan hanya berlagak baik di depan rakyat tetapi dibelakang rakyat seperti lembu dicucuk hidung mengikut sahaja kehendak pemimpin atasan. Jadi jika benar-benar ikhlas berjuang demi mempertahankan bangsa dan agama, sila keluar dari DAP.

Lagipun, dalam PH banyak lagi parti yang bertunjangkan Melayu dan Islam.

Dhia Hani  
Penyelidik Persatuan Pemikir Muda Johor.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!







............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan