Header Ads

ads header

Flash News

D4P ahli penghasut dalam Malaysia



PAS memandang berat kenyataan Saudara Lim Guan Eng (LGE), Setiausaha Agung DAP yang juga Menteri Persekutuan, yang mengeluarkan kenyataan berbentuk hasutan kononnya persefahaman Umno-PAS merupakan suatu ‘perisytiharan perang’ ke atas masyarakat Bukan Melayu di negara ini.

PAS menganggap kenyataan LGE mengesahkan DAP sebuah parti yang bersikap chauvinis dan tidak demokratik, meskipun nama DAP diterjemahkan sebagai ‘Parti Tindakan Demokratik’. Di samping itu kenyataan beliau juga menggambarkan DAP adalah parti ‘anti Melayu-Islam’.

Sebenarnya kenyataan LGE itu yang merupakan ‘perisytiharan perang’ dengan menekan butang paniknya. LGE sepatutnya melihat penyatuan ummah yang dipelopori oleh PAS dan Umno dengan pandangan jauh sebagai suatu langkah yang positif ke arah perpaduan masyarakat demi kebaikan negara, setelah berpecah sejak lebih 60 tahun yang lalu.

PAS juga berpandangan LGE sebagai seorang pemimpin sebuah parti yang lama (DAP) sepatutnya mengambil langkah yang sama untuk menyatukan masyarakat bukan Melayu, terutamanya kaum Cina, juga untuk kepentingan negara, bukannya mengapi-apikan semangat perkauman sempit yang boleh ‘membakar’ negara ini.

PAS melihat kenyataan LGE tersebut amat merbahaya kepada keharmonian, perpaduan dan semua sistem yang ada dalam negara ini. Justeru saya menyeru seluruh rakyat yang cintakan keamanan dan kerukunan agar membuat laporan polis terhadap LGE kerana menghasut.

PAS juga menyeru YAB. Perdana Menteri agar memecat LGE dari kabinet sebelum keadaan menjadi lebih buruk dan parah.

MR :  Melayu buta sahaja masih belum sedar


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!







............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan: