Header Ads

ads header

Flash News

DAP tetap mahu kerajaan Perak lulus hak milik tanah 999 tahun


TELUK INTAN: DAP Perak tetap mahukan kerajaan negeri memberikan status hak milik 999 tahun atau hak milik kekal kepada kampung-kampung baru seperti yang dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan ketika pilihan raya umum lalu.

Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming berkata kuasa untuk meminda perkara hal ehwal tanah berada bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan bukan tertakluk kepada Majlis Tanah Negara (MTN).

“Saya merasakan ia tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan di mana tanah-tanah adalah bidang kuasa kerajaan negeri dan Majlis Tanah Negara hanya memberikan nasihat, itu sahaja,” katanya selepas merasmikan majlis jualan amal membabitkan penyertaan 5 sekolah rendah dan menengah Cina dalam Teluk Intan di Sekolah Menengah (SM) Persendirian San Min hari ini.
 
Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu dalam ucapan penggulungan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini berkata kerajaan negeri tidak boleh memberikan status hak milik 999 tahun atau hak milik kekal kepada kampung-kampung baru kerana ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Faizal berkata semakan dengan Majlis Tanah Negara (MTN) iaitu Dasar Spesifik Mengenai Pemegangan Tanah Bagi Kawasan Kampung-Kampung Baru memutuskan tempoh pajakan atau “leasehold” bagi kampung baru dinaikkan daripada 30 tahun kepada 60 tahun.

Menteri besar menjelaskan mesyuarat MTN Ke-53 pada 25 April 1997 menetapkan tempoh pajakan bagi kampung baru hendaklah sekurang-kurangnya 60 tahun tetapi tidak melebihi 99 tahun.

Dalam pada itu, Nga berkata hak milik 999 tahun bukan isu kerana pihaknya akan memberikan hak milik itu kepada semua bangsa melibatkan kampung tersusun, penempatan kaum India dan kampung baru.

“Saya ingin tekankan apabila kita berikan hak milik kekal, kita bagi kepada semua bangsa dan ini perlu ditegaskan…Jangan salah faham, ini bukan tanah baharu, ini adalah lot kediaman yang didiami oleh penduduk sebelum kemerdekaan sejak 1948 iaitu waktu darurat, sudah wujudnya kampung baru.

“Itu rumah mereka, takkan kita hendak rampas rumah rakyat? Cuma saya minta berikan hak milik, hak milik sememangnya ada, cuma dilanjutkan tempoh pajakan maka tak jadi isu,” katanya.

Nga berkata pihaknya tidak meletakkan tekanan terhadap Faizal namun perkara itu ada dalam manifesto dan Pakatan Harapan komited untuk melaksanakan semua janji-janji itu.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ’ฅCara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..๐Ÿ’ฅ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

3 ulasan:

  1. Tanah dinegara Malaysia adalah hak bumiputra semuanya . Atas ehsan kerajaan mereka dapat pajakan . Kerajaan kena pelihara amanah ini .No zig zag .

    BalasPadam
  2. Adakah puak kafir harbi yang menjadi kaum pendatang sudah lupa bahawa negara kita ini adalah Tanah Melayu yang menjadi milik kaum Melayu yang beragama Islam yang merupakan penduduk asal Tanah Melayu ?

    Kebiadapan dan kesombongan, fitnah dan penghinaan puak kafir harbi terhadap agama Islam dan umat Islam termasuk kaum Melayu telah melampau batas !!!

    Wahai umat Islam marilah kita semua bersatu padu menyokong parti Islam PAS dan sekutunya menentang parti kafir harbi dan khadam-khadam liberal mereka yang sedang mengancam agama Islam dan hak umat Islam.

    BalasPadam
  3. Kita masih ingat seekor pemimpin parti kafir harbi roket telah menghina kaum Melayu dengan berkata 'Melayu puk*mak'.

    Hanya orang Melayu jenis tersebut yang menjadi khadam parti roket untuk mengkhianati agama Islam dan umat Islam.

    BalasPadam