Header Ads

ads header

Flash News

Duta New Zealand terima kunjungan hormat PAS


Pesuruhjaya Tinggi New Zealand ke Malaysia, HE Hunter Nottage menerima kunjungan hormat PAS hari ini yang diketuai Presidennya Abdul Hadi Awang serta turut disertai Timbalan Presiden parti Tuan Ibrahim Tuan Man.

Abdul Hadi berkata PAS menyampaikan salam takziah kepada pihak kerajaan dan keluarga mangsa tragedi serangan di dua buah masjid di Christchurch.

“Kami menyampaikan salam takziah kepada pihak kerajaan dan keluarga mangsa tragedi serangan di dua buah masjid di Christchurch, serta merakamkan penghargaan di atas sikap yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri New Zealand (Jacinda Ardern) ketika berhadapan dengan tragedi ini.

"Kami turut berkongsi mesej keamanan yang dibawa oleh Islam dalam sesebuah masyarakat majmuk serta mengiktiraf peranan New Zealand dalam melindungi kepentingan dan kebajikan umat Islam seluruhnya.

"Walaupun kita dipisahkan oleh jarak geografi, tetapi hubungan kita tetap dekat di hati," kata Hadi pada hantaran di Facebook hari ini.

Duta New Zealand itu ketika hadir perhimpunan Solidariti Damai pada 15 Mac lalu meminta maaf kepada warga Malaysia atas insiden serangan di Christchurch pada 15 Mac lalu yang mengorbankan 50 nyawa termasuk seorang rakyat negara ini.

Nottage mengucapkan takziah kepada rakyat Malaysia dan berterima kasih atas himpunan solidariti itu.

"New Zealand berasa sangat sedih dan saya ucapkan takziah bagi pihak Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Arden dan seluruh rakyat New Zealand."Kami minta maaf dan terima kasih atas sokongan dari kerajaan Malaysia, berkabung bersama. New Zealand amat berterima kasih kepada Malaysia," katanya dalam perhimpunan yang diadakan di Dataran Merdeka itu.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Menghadapi Kolesterol TINGGI!!?? Dapatkan PENCAIR KOLESTEROL DISINI>>>>KLIK SINI<<<<






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan