Header Ads

ads header

Flash News

Hidayah dengan Politik


Hidayah milik mutlak Allah, bahkan Abu Talib bapa saudara Nabi tidak diberi Hidayah walau didoakan Nabi saat akhir hayat beliau

Abu Lahab juga bapa saudara Nabi tetapi tidak diberi petunjuk bahkan menentang Nabi

Manakala Abu Jahal pula bukan bapa saudara Nabi lantas menjadi penentang paling kuat Nabi dan Islam

Diturunkan surah khas Al Lahab untuk Abu Lahab dan As Massad untuk Abu Jahal mengecam perbuatan mereka terhadap Nabi

Abu Talib walau tidak memeluk Islam tetapi tidak menentang Nabi dan Islam

Dan tiada surah khas untuk Abu Talib mengancam balasan neraka sebagaimana Abu Lahab dan Abu Jahal

Walaupun anda seorang Islam tidak bermakna anda boleh sesuka hati menentang perjuangan Islam yang dibawa Pas

Menentang perjuangan Islam sama sahaja seperti perlakuan Abu Lahab dan Abu Jahal menentang perjuangan Nabi

Memang benar Pas itu bukan Islam dan Islam bukan Pas, tetapi Pas memperjuang Islam, justeru wajib untuk menyokongnya

Dalam Pas juga ada ahli bukan Islam, tetapi bukan Islam yang menyokong Islam sebagaimana Abu Talib

Tetapi dalam Pas tidak akan diberi ruang kepada penentang Islam, samada Islam atau bukan Islam

Menentang Ulama' yang memimpin perjuangan Islam samalah seperti menentang Islam selagi Ulama' tersebut mengajak kepada Islam

Ada juga Ulama' yang tidak mengajak kepada Islam, ilmunya hanya untuk diri sendiri

Ulama' yang diangkat Pas ialah Ulama' yang bukan sahaja berilmu tinggi lebih dari satu bidang, tetapi mengajak masyarakat kepada Islam

Pas mengajak kepada menyediakan suasana Islam untuk mendapat berkat dan redha Allah

Tanpa keberkatan dan keredhaan Allah masakan diberi hidayah

Tanpa negara yang mengangkat Islam secara total, bagaimana Allah nak memberi rezeki, sejahtera dan keselamatan

Lihatlah sekeliling anda, mahukah anak-anak ditinggalkan dalam negara sekular, suasana tidak mesra Islam

Bagaimana mereka akan diberi hidayah sedangkan gaya hidupnya langsung tiada Islam

Sekecil iman sebesar zarah, selemah iman kalimah Tauhid akan menjadi penyelamat ketika di neraka

Tanpa iman sebesar zarah dan kalimah Tauhid maka kekal mereka di neraka selamanya melainkan atas kehendak Allah

Itu beza diantara Islam dan kafir, sejahat mana seseorang akan dikeluarkan dari neraka dengan berkat syafaat doa Rasulullah S.A.W selagi ada kalimah Tauhid dan iman seberat debu

Tetapi tidak kepada penentang Islam, seperti Abu Lahab, Abu Jahal, Firaun yang dilaknat Allah ke neraka selamanya

Anda mungkin masih seorang Islam jika tidak menyokong perjuangan Islam, tetapi boleh menjadi kafir dengan hanya menentang sedikit sahaja perjuangan Islam

Pas konsisten dengan kepimpinan Ulama' dan Majlis Syura, menentang segala cara yang tidak Islamik walau untuk perjuangan Islam

Pas tidak akan menggunakan cara tidak beretika untuk menjatuhkan seorang pemimpin, tugas Pas ialah dakwah

Pas konsisten menentang 'Langkah Kajang' untuk menjatuhkan MB Selangor, Pas menentang 'Langkah Port Dickson' untuk menaikkan DSAI dan Pas juga menentang sebarang usaha menjatuhkan PM Tun M dengan cara khianat dan Pas juga menentang amalan lompat parti

Pas rela kalah bermaruah dari menang tidak bermaruah, Pas boleh sahaja bergabung lompat parti di DUN negeri Kedah dan Perak untuk menjatuhkan kerajaan PH jika mahu

Kuasa bukan matlamat Pas tetapi konsisten dalam memperjuang Islam lebih utama, berputus asa dalam memperjuang Islam lebih bahaya dari kalah dalam perjuangan

Lihat sahaja kelakuan Ahli Parlimen DAP dan sekutunya yang berterusan memprovokasi Islam dengan isu Manifesto, 1MDB, Isu LGBT, Hina YDPA, ICERD, Isu Kuil, Isu Arwah Adib, Isu sebaran Kristian, Isu ceramah Agama, Isu Salib gergasi, Tabung Haji, Felda, SMJKC, Saman SR, Fitnah 90 juta, Hina Nabi dan banyak lagi

Tidak jelas lagi siapa yang benar dan siapa yang palsu, DSN, DSZH, DSRM dan pemimpin UMNO yang dituduh rasuah sehingga kini masih bebas dan gagal disabit mana-mana kesalahan jenayah

Tidak jelas lagi amaran berjuta umat Melayu Islam berhimpun 812 bantah ICERD dan menterjemahkan di PRK Cameron, Semenyih dan in sha Allah PRK Rantau juga

Jadi apa relevannya anda yang mengaku masih Islam dan Melayu masih tidak mahu bahkan menentang perjuangan Islam bersama Pas

Relevan kah perjuangan Islam bersama Amanah, PKR, Bersatu mahupun DAP yang tidak jelas misi dan visi mereka

Mengapa pimpinan Islam yang ada yang anda gelar Ulama' di dalam PH sedikitpun tidak mampu bersuara apabila jelas ada penghinaan terhadap Rasulullah S.A.W

Di zaman Nabi, anjing pun sanggup membunuh penghina Rasulullah S.A.W, jika anda sedikit walau sebesar debu tidak membenci penghina Rasulullah S.A.W tersebut, apa beza anda dan Abu Lahab serta Abu Jahal

Jadilah seperti burung kecil yang membantu mencurahkan air untuk memadam api yang membakar Nabi Ibrahim A.S, bila ditanya burung tersebut tahu air yang sedikit tidak memberi kesan akan tetapi itulah sahaja usaha yang mampu ketika tersebut

Allah tidak mempersoal akan kemenangan Islam akan tetapi apakah usaha kecil kita untuk bersama jemaah Masjid 5 waktu sehari, Majlis Ilmu setiap Maghrib, Pemimpin mana yang diangkat dan usaha dakwah kearah Islam

Ingatlah perjuangan Nabi bukan semata2 atas dasar dan prinsip sahaja, Nabi juga berpolitik dengan kaum Quraisy di Mekah dan kaum Yahudi di Madinah

Nabi juga berperang dengan kaum Quraisy Mekah dan kaum Yahudi Madinah, Nabi berbuat baik ada tempat dan batasannya

Hanya kerana seorang perempuan yang ditarik hijab dan jubahnya oleh Yahudi sehingga menampakkan aurat di pasar Madinah, Nabi mengepung dan memerangi Yahudi tersebut

Tahu bezakan antara kafir zimmi yang tidak menentang Islam dan membayar cukai dan kafir harbi yang menentang Islam dan enggan membayar cukai

Dalam Islam kafir zimmi wajib dilindungi manakala kafir harbi halal darahnya, kafir zimmi tidak boleh dibuat sahabat tetapi dibenarkan untuk digunakan untuk tujuan kebaikan

Di Malaysia apabila kafir Cina dan India bersatu di bawah DAP sahaja sudah menunjukkan penentangan terhadap Melayu dan Islam, kerana DAP ialah parti tunggal dan berkuasa sehingga mempunyai 42 kerusi Parlimen

Amatlah berbeza dengan kafir MCA, Gerakan dan MIC yang hanya parti komponen yang terbatas kuasa mereka tambahan dengan bilangan kerusi yang sedikit

Jika DAP betul memperjuang hak bukan Islam di Malaysia, mengapa perlu mencampuri hal ehwal Islam dan Melayu

Mengapa perlu memberi sehingga RM 200 ribu kepada setiap sekolah SMJKC dan mengapa perlunya sekolah persendirian Cina SMPC juga diberi bantuan

Adakah sekolah MRSM untuk bangsa Melayu prasarananya lebih hebat dari SMPC untuk bangsa Cina yang berhawa dingin, mempunyai lif setaraf Kolej Swasta

Mengapa DAP memotong berbagai bantuan kepada rakyat pendalaman terutamanya nelayan, pesawah dan petani di dalam Bajet 2019

Mengapa DAP sehingga kini gagal menyelesaikan isu kejatuhan mendadak harga kelapa sawit dan getah sehingga ke paras terendah dalam sejarah

Jika DAP jujur dalam berpolitik, mengapa mereka menyokong perjanjian ICERD yang jelas mahu menyamaratakan hak semua kaum dan agama sedangkan bukan Islam tidak sampai pun 30% dari jumlah penduduk

Jika DAP jujur, mengapa perlu beriya berpakat dengan PKR untuk menyerang Tun M walau belum sampai 2 tahun seperti yang dijanjikan

Bagaimana jika Tun M bertindak keluar dari PH membawa 30 ahli Parlimen seterusnya menafikan majoriti mudah 112 untuk PH seterusnya bertukar ke status pembangkang

Keluar dari Pakatan kerana Islam dan Melayu dicabar tidak seperti lompat parti, Pas keluar dari PR kerana tidak tahan diasak DAP yang menyokong 'Langkah Kajang' dan beberapa isu lain

Tidak mustahil PPBM Tun M bertindak keluar PH disebabkan tidak mahu mengikut kehendak DAP yang telah berjaya mengawal PKR dan Amanah terutamanya isu Pilihanraya PBT yang sangat diidamkan DAP untuk kuasai bandar dan isu status tanah 999 tahun di Perak

Atas prinsip apa lagi anda masih tidak mahu bersama perjuangan Islam dalam Pas

Jangan tunggu sehingga anda dilaknat, kerana bala tidak turun kepada anda sahaja tetapi seluruh umat jika kami membiarkan sahaja DAP berterusan menggunakan umat Islam untuk menjatuhkan perjuangan Islam

Ingatlah, dalam negara kita yang tak cukup Islam ni pun Allah masih sayang, memberi rezeki melimpah ruah melalui Petronas, bayangkan jika negara kita percuma serba serbi, rakyat tak perlu bekerja siang dan malam untuk menyara keluarga

Masjid dan Majlis Ilmu semakin ramai, solat Subuh penuh macam solat Jumaat kerana umat Melayu dan Islam tidak tertekan untuk membayar petrol mahal, ptptn, sst, tol, harga barang, kos umrah haji dan sebagainya

Kadar jenayah yang semakin menurun kerana terlaksana Hukum Hudud, Thakzir dan Qisas sebagaimana turunnya kadar jenayah di negara Brunei dan negeri Terengganu

Jangan tanya Allah atau mengharapkan hidayah-Nya kalau tiada sedikit usaha untuk membenci maksiat walaupun seberat zarah.


MR :  Orang Melayu Islam perlu bijak berpolitik


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan