Header Ads

ads header

Flash News

Islam di Malaysia makin hari makin rosak kerana pimpinan Islam PH


Sebelum ini kita dikejutkan dengan edaran bible dikalangan pelajar sekolah. Pihak polis pernah mengesahkan bible dirampas dan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, setakat ini, lima naskah Bible diserahkan kepada polis.

Beliau berkata, tujuh laporan polis diterima dalam kes ini iaitu empat laporan daripada pelajar sekolah yang berusia lingkungan 16 hingga 19 tahun dan selebihnya daripada orang awam.

“Sebanyak 17 rakaman percakapan dibuat bagi membantu siasatan.

Kenapa orang bukan Islam makin berani?

Jawapan mudah kerana orang Islam dikalangan pimpinan kerajaan makin lemah dalam kuasa politik dan mereka sekadar pak angguk kepada D4p sahaja.


Mereka bukan sahaja lemah, tapi ada pimpinan PH yang ada status Dr tapi dari segi ilmu Islam sangat cetek dan jahil. Sebagai contoh jahilnya Dr Muhammad Faiz kepimpinan Tertinggi Bersatu dalam isu Bible sudah memadai kalau Islam di Malaysia makin hari makin dihina oleh bukan Islam.

Masih ingat kita Muhammad Faiz berkata, secara peribadi beliau tidak menganggap aktiviti mengedar Bible itu sebagai satu kesalahan namun mengakui tidak semua orang Melayu di negara ini berpandangan yang sama.

“Secara peribadi saya tiada masalah untuk mana-mana pihak memberi Bible kepada saya kerana saya anggap orang Melayu juga patut tahu isi ajaran agama selain Islam yang diiktiraf perlembagaan (untuk diamalkan) di negara ini. Ia sekadar untuk menambah pengetahuan kita.

“Namun oleh kerana tidak semua Melayu di luar sana mampu berfikiran kritis, rasional dan analitikal seperti kita ini, maka penyebaran sebarang kitab agama selain Islam kepada muslim, apatah lagi jika ianya dicetak dalam Bahasa Melayu, merupakan suatu kesalahan di sisi undang-undang di negeri-negeri dalam Semenanjung Malaysia,” katanya.

katanya lagi..

“Saya hanya menasihati dan memberitahu realiti sosio budaya umum masyarakat Malaysia terutama di Semenanjung kerana isu agama masih sensitif terutama bagi kaum Melayu kerana definisi Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan pun mengikat mereka dengan agama Islam sahaja.

Kita sedara bagaimana D4p dan sangat jelas tuntutan 'Tokong' Lim Guan Eng yang menjadi proksi pihak gereja yang mahukan keizinan menggunakan kalimah ALLAH dalam Bible Melayu punya maksud tersirat yang semua orang tahu - iaitu ntuk menyenangkan kerja-kerja mengembangkan agama Kristian dikalangan orang Islam di Malaysia.

Daripada tidak ada kalimah ALLAH dalam Bible, hendak di adakan dan mereka bermati-matian mahu menggunakannya dalam versi Bible Melayu - tidakkah itu sudah menunjukkan satu niat untuk SALAHGUNA kalimah Allah?

Jika umat Islam masih lagi memberikan undi kepada PH, maka mereka akan bertanggungjawab atas kerosakkan Islam yang berlaku.

Nasir Ramlee
nasirramlee@gmail.com
https://www.facebook.com/nasirramlee89



MR :  Bagaimana dengan IKRAM yang mengarahkan ahlinya sokong PH?


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Menghadapi Kolesterol TINGGI!!?? Dapatkan PENCAIR KOLESTEROL DISINI>>>>KLIK SINI<<<<






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan