Header Ads

ads header

Flash News

Isu cek Clare Taktik ‘serampang dua mata’ Anwar makan diri sendiri


KUALA LUMPUR – Selepas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mengesahkan akaun yang membayar membayar RM1.4 juta kepada Editor Sarawak Report, ada pihak mendakwa itu semua ‘permainan’ Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Blogger kontroversi, Raja Petra Kamarudin menganggap pendedahan Presiden PKR itu ‘menyerang’ Pas sebenarnya ‘memakan diri’ Anwar sendiri.

Menurutnya, cek yang dibayar kepada Clare Rewcastle Brown itu bukan dibayar oleh Pas atau presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ia dibayar oleh Rameli Musa yang juga Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sekarang yang didakwanya dilantik selepas tiga hari pembayaran itu dibuat.

Rameli pula adalah ipar kepada rakan Anwar, Datuk Kamarudin Md. Nor yang telah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia naungan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Kenapa Anwar meminta Rameli membayar Clare sebanyak RM1.4 juta dan membocorkan rahsia ini belum diketahui setakat ini.

“Lebih memelikkan kenapa berpura-pura mendakwa bayaran itu sebagai penyelesaian antara Hadi dan Clare?” soal Raja Petra dalam Malaysia Today hari ini.

Menurutnya, ada dakwaan ia dilakukan bagi menampakkan Rameli adalah ‘budak Mahathir’ dan Clare ‘bekerja’ di bawah Perdana Menteri itu.

Beliau berkata, ia mungkin taktik serampang dua mata Anwar selepas Mahathir dan Pas ‘mendedahkan’ kemungkinan berlaku proses undi tidak percaya kepada Mahathir baru-baru ini.

Sementara itu, laporan Malaysiakini, peguam Clare, Americk Sidhu pula mengesahkan nombor akaun pada cek RM1.4 juta milik anak guamnya.

Americk yang merupakan penama dalam cek berkenaan mengakui cek itu ditulis di hadapannya namun enggan mendedahkan pemegang akaun penulis cek berkenaan.

Ia bagi menjawab dakwaan Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hasan yang mendakwa nombor akaun pada cek bayaran itu sebagai palsu.

Untuk menjadi agenda ini nampak benar Anwar menggunakan pengikutnya membuat fitnah kononnya Abdul Hadi sediakan cek dengan memaparkan gambar palsu.


Mereka palsukan gambar Tuan Guru Presiden PAS sedang minum pagi di hotel penginapan di Bangkok bersama dengan Mr Jalaluddin Sarawoot (peguam muslim di Bangkok, yang juga mantan Presiden World Muslim Youth Thailand) membincangkan isu umat Islam Selatan Thai dan isu kebajikan serta hak asasi pelarian Rohingya 20 Feb 2017.INI JAHATNYA ANWAR DAN RAFIZI SERTA PH TERMASUK IKRAM YANG JADI PENGIKUT KUAT AMANAH.


 Mereka merasa tak ada hari pengadilan yang mana Allah akan persoalkan setiap tindakan fitnah mereka. Anwar tak layar jadi PM. Jahat Mahathir jahat lagi Anwar. PH lebih jahat dan lebih buruk daripada BN 60 tahun.

MR :  Fitnah dah jadi usrah terkini IKRAM ke?


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan