Header Ads

ads header

Flash News

‘Isytihar perang’ : Lim Guan Eng perlu bertanggungjawab


Kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bahawa UMNO dan Pas sedang ‘mengisytiharkan perang’ terhadap masyarakat bukan Melayu dianggap sebagai satu hasutan yang boleh membakar kebencian antara kaum dalam negara ini.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, Guan Eng perlu bertanggungjawab dengan kenyataan itu dan pihak berkuasa perlu segera menyiasat Setiausaha Agung DAP tersebut.

“Belum pernah dalam sejarah Malaysia, seorang ahli politik membuat kenyataan menghasut seperti Lim Guan Eng yang mengatakan kerjasama UMNO dan Pas sebagai ‘pengisytiharan perang’ antara kaum. Sokong atau tidak sokong kerjasama seumpama ini, itu adalah hak dan pilihan masing-masing.

“Sekiranya kenyataan ini keluar daripada mulut rakyat biasa, pasti mereka ditangkap oleh polis kerana menghasut tetapi sebagai seorang menteri Kabinet, sudah tentu Guan Eng terlepas daripadanya,” katanya dalam kenyataan melalui akaun Facebook miliknya di sini hari ini.

Portal Malaysiakini hari ini melaporkan kenyataan Guan Eng yang menyifatkan kerjasama antara UMNO dan Pas sebagai satu ‘pengisytiharan perang’ ke atas masyarakat bukan Melayu dan bukan Islam di bawah panji penyatuan Melayu.

Walau bagaimanapun, Malaysiakini memaklumkan bahawa Guan Eng telah memperbetulkan kenyataannya itu dan frasa ‘pengisytiharan perang’ diubah kepada ‘menyasarkan’.

Sementara itu, Timbalan Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan pula menyifatkan Guan Eng sengaja mengeluarkan kenyataan sebegitu untuk memperoleh kelebihan politik.

Kata beliau, Guan Eng seolah-olah terlupa bahawa DAP sendiri pernah bekerjasama dengan Pas sebelum ini melalui Pakatan Rakyat (PR).

“Dia (memberi kenyataan) mengikut kesesuaian dan mengikut (arah) mana yang dia boleh dapat kelebihan politik,” katanya ketika dihubungi. – UTUSAN ONLINE




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

3 ulasan:

  1. AHLI UMNO PAS YG NAK PERANG KE ATAU LGE YG NAK BERPERANG....SILAKAN KITA TUNGGU DAN LIHAT....BANGSA MNA YG KEJAR DUNIA DAN TAKUT PD KEMATIAN

    BalasPadam
  2. mana Menteri- menteri melayu hoiiiiiii……...

    BalasPadam
  3. Menteri Melayu PH buah termasok .

    BalasPadam