Header Ads

ads header

Flash News

Kamera berbentuk skru dijual secara meluas


Awas mungkin gerak-geri anda diperhatikan walaupun berada di dalam ruang peribadi seperti bilik tidur atau tandas.

Siapa sangka kamera disembunyikan dalam pelbagai bentuk semata-mata hanya untuk merakam dengan tujuan yang tidak baik.

Malah ia pasti menjadi igauan ngeri sekiranya dirakam oleh kamera tersembunyi yang bertujuan untuk memerangkap mangsa.

Terkini, kecoh mengenai penjualan kamera pengintip di sebuah laman web e-dagang terkemuka selepas pemilik akaun @wanabdulhafidz1 memuat naik posting di Twitter Khamis lalu.

Tweet tersebut meraih pelbagai reaksi dalam kalangan netizen sehingga menerima lebih 34,000 retweet dan mendapat lebih 11,000 tanda suka.

“Minta kaum hawa (perempuan) agar berhati-hati bila guna tandas awam, hotel, chalet atau bilik persalinan.

“Ni CCTV bukan skru dan bersepah jual kat online,” ujarnya pada posting berkenaan.

Menerusi gambar yang dimuat naik pada posting tersebut, harga bagi seunit kamera tersembunyi tanpa wayar yang kelihatan seperti sebatang skru itu adalah RM135.59.

Pelayar Twitter @farhanzahirsyah berkata: “Barang ini harus diharamkan, daripada import ke pasar jualan online.”

Sementara itu, @_thescapetwt pula berkata: “Kenapa kita semua tidak boleh hidup dalam aman dan harmoni?

“Kenapa ada orang rasa mereka perlu jadi miang?,” soalnya.

Shopee menerusi satu kenyataan media berkata, pihaknya telah menarik barangan yang dijual oleh peniaga terbabit dalam tempoh 24 jam selepas laporan dibuat oleh pengguna laman e-dagang berkenaan.

Sesiapa sahaja boleh terperangkap dengan kamera berbentuk skru ini.

“Ya, barang tersebut telah dijual di Shopee.

“Penjualan ditarik kerana ia mengandungi imej yang dianggap tidak sesuai dan kandungan yang menunjukkan kamera boleh digunakan untuk rakaman yang tidak munasabah tanpa persetujuan orang yang direkodkan,” memetik laporan media berdasarkan kenyataan wakil Shopee.

Tambahnya, sebilangan besar produk disenaraikan di laman Shopee pada setiap hari dan pihaknya tidak dapat menyemak setiap penyenaraian produk dengan segera.


MR :  Manusia makin maju makin 'jahil'


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Menghadapi Kolesterol TINGGI!!?? Dapatkan PENCAIR KOLESTEROL DISINI>>>>KLIK SINI<<<<






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan