Header Ads

ads header

Flash News

Kecoh penduduk Taman Manggis diusir, demo di Komtar (bersama 2 video)


Kekecohan tercetus di Projek Perumahan Rakyat Taman Manggis hari ini apabila pegawai penguatkuasaan Jabatan Perumahan Pulau Pinang bertindak mahu mengusir 22 penduduk rumah pangsa yang tidak layak.

Beberapa keluarga enggan berpindah keluar, manakala aktivis hak Melayiu kelihatan berada di kawasan sekitar rumah pangsa itu meminta penduduk supaya tidak mengosongkan kediaman mereka.

Kejadian itu dirakam Facebook Live oleh aktivis politik Muhsin Latheef, yang berada di situ untuk membela penduduk yang terjejas.
 


Kumpulan itu kemudian menaikkan sepanduk dan mengadakan perhimpunan aman di luar kawasan rumah pangsa yang terletak di Jalan Burma. Perhimpunan itu bertujuan mengecam langkah kerajaan Pulau Pinang mengusir penduduk berkenaan.

Pihak polis yang hadir bersama pasukan penguatkuasaan kemudiannya menahan seorang warga asing yang mana isterinya seorang warga tempatan dan pasangan itu mempunyai lapan cahaya mata. Keluarga berkenaan telah tinggal di kediaman itu selama 14 tahun.

Berarak ke Komtar

Bagaimanapun, kumpulan itu gagal menghentikan pengusiran apabila pegawai penguatkuasa mengunci rumah dan memangga pintu pagar.

Selanjutnya, kumpulan itu berarak ke arah bangunan Komtar dengan anak-anak kecil mereka dan menyerahkan memorandum ke Pejabat Ketua Menteri Cow Kon Yeow.

Pada sidang akhbar di Komtar, Chow berkata setiap unit kediaman cuma boleh diduduki satu-satu penyewa selama lima tahun, selepas tempoh itu, sewaan akan disemak semula bahagian perumahan awam negeri.



Beliau berkata penduduk yang terjejas telah diberikan masa yang mencukupi untuk keluar sejak tahun lalu, manakala tindakan pengusiran minggu lalu telah ditunda bagi membenarkan rayuan kes mereka di jabatan perumahan negeri.

"Tempoh sewaan perumahan awam disediakan dengan syarat-syarat. Diharapkan selepas lima tahun, penyewa akan memperbaiki keadaan kewangan mereka dan membenarkan orang lain yang lebih layak untuk tinggal di situ.

"Dengan keadaan pekerjaan yang bertambah baik selepas lima tahun, penyewa sepatutnya mampu untuk menyewa kediamannya dan mungkin membeli rumah mereka sendiri," kata Chow selepas ditanya mengenai hal berkenaan hari ini.

Chow berkata unit projek perumahan awam disediakan untuk golongan miskin tegar tetapi mereka juga mempunyai tanggungjawab untuk membayar sewa dan memenuhi beberapa syarat yang ditetapkan jabatan perumahan.




Chow memaklumkan terdapat 400 pemohon untuk PPR Taman Manggis, malah ada pemohon yang telah menunggu dari tujuh ke 11 tahun untuk menyewa unit di situ.

"Bagaimanapun, mereka tidak boleh berbuat demikian kerana terdapat penyewa yang tidak layak yang tidak memenuhi syarat-syarat yang masih tinggal di sana, jadi kami perlu mengambil tindakan," katanya.

Semalam, Exco Perumahan negeri Jagdeep Singh Deo berkata antara sebab penyewa tidak layak untuk terus tinggal di situ kerana ingkar membayar sewa dan/ atau caj penyelenggaraan; pendapatan bertambah melebihi RM1,500 bagi isi rumah; didapati berkahwin dengan warga asing atau apabila memiliki hartanah lainnya.

Menurut Jagdeep pada masa ini terdapat 1,137 pemohon dalam senarai menunggu menyewa PPR di PUalau Pinang, manakala cuma 999 unit yang tersedia, iaitu 734 rumah di Daerah Timur Laut dan di Taman Manggis sebanyak 494 unit.


MR :  Kenapa tak ada sifat kemanusiaan?


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ’ฅCara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..๐Ÿ’ฅ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan