Header Ads

ads header

Flash News

Kelantan tarik balik darjah kebesaran Ahli Dewan Negara Perak Annuar Zaini


KOTA BHARU: Istana Kelantan menarik balik Tauliah Pelantikan Ahli Yang Kehormat Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) (Al-Ismaili II) yang dianugerahkan kepada Mohd Annuar Zaini, mulai 1 Mac lalu.

Setiausaha Kerajaan Kelantan, Nazran Muhammad berkata, ahli Dewan Negara Perak itu sudah dimaklumkan perkara itu melalui surat yang disampaikan pada hari sama.

“Adapun penarikan balik ini adalah hak Sultan Muhammad V yang dijalankan menurut hemah dan budi bicara baginda jua.

“Adalah juga dimaklumkan kerajaan Kelantan telah mewartakan Enakmen Lambang-lambang dan Nama-nama (Mencegah Daripada Salah Guna)(Pindaan) 2015 pada 27 Ogos 2015 yang memperuntukkan denda tidak kurang RM10,000 atau dipenjara tidak kurang 3 tahun bagi orang yang menggunakan apa-apa darjah, tanda kebesaran, pingat, lambang dan bintang kebesaran yang dibatalkan atau ditarik balik baginda,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nazran berkata, enakmen itu juga memberi kuasa kepada polis membuat siasatan di bawah enakmen berkenaan, termasuk kuasa memasuki premis, menggeledah dan menyita apa-apa keterangan atau barang kes yang disyaki berkait kesalahan di bawah enakmen itu.


MR :  Sebelum ini Husam dan Mahathir...


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan