Header Ads

ads header

Flash News

'Mowgli Malaysia' terjatuh ketika sesi fotografi bersama kerbau, bermalam di hospital


MUHAMMAD Syukur Khamis, 14, yang digelar 'Kampung Boy' dan 'Mowgli Malaysia' dimasukkan ke wad Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) ekoran muntah-muntah setelah terjatuh dari kerbau 7 pagi Sabtu.

Bapanya, Khamis Jusoh, 63, berkata pada awalnya, anak bongsu lapan beradik itu hanya luka di bahagian bahu.

"Muhammad Syukur tidak pula mengadu sakit dan terus aktif sepanjang hari seperti biasa. Malah, dia sempat mengikut abang-abangnya pergi memancing ikan kira-kira 3.30 petang.



"Pulang memancing, mereka juga sempat singgah di kedai untuk menikmati roti tempayan, namun dalam perjalanan pulang, Muhammad Syukur ada mengadu loya dan terus muntah-muntah. Oleh kerana risau ia simptom akibat insiden terjatuh itu, dia dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut," katanya ketika dihubungi Bernama.

Menurut Khamis, Muhammad Syukur yang sejak kecil telah biasa bersama lebih 100 ekor kerbau peliharaannya tidak pernah terjatuh sebelum ini dan kejadian itu adalah pertama kali berlaku.

Insiden itu berlaku ketika sesi fotografi, untuk merakamkan aksinya melompat dari belakang seekor kerbau ke seekor kerbau lain.

Sementara itu, abang Muhammad Syukur, Muhammad Alias, 29, yang membawa beliau ke HSNZ berkata adiknya itu terpaksa bermalam di wad hospital untuk pemeriksaan lanjut.

"Setakat ni, Syukur baik-baik sahaja, cuma doktor mahu lakukan pemeriksaan lebih teliti untuk memastikan insiden jatuh itu tidak memberi kesan kepadanya," katanya.

MR :  Ini membenarkan kata-kata sepandai-pandai tupai melompat akhir jatuh ketanah juga, Sepandai-pandai PH kencing rakyat kemuka pimpinan terpencik jua


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan