Header Ads

ads header

Flash News

Mufti Perak, Pahang anggap tak salah rujuk bukan Islam sebagai ‘kafir’


PETALING JAYA: Mufti Perak Harussani Zakaria berkata istilah “kafir” bagi merujuk orang bukan Islam masih digunakan di Malaysia dan ia juga ada disebut dalam Al-Quran dan hadis.

Katanya, sekiranya kafir tidak boleh digunakan untuk merujuk kepada orang bukan Islam, istilah apa lagi boleh digunakan sebagai ganti.

“Kita selalu sebut orang bukan Islam, kita tak kata kafir, tetapi dalam percakapan, orang bukan Islam (kita panggil) orang kafir.

“Kafir itu maknanya bukan Islam. Kita di Malaysia tiada masalah. Kafir itu bermakna orang menolak Islam,” katanya kepada FMT.

Pada 3 Mac lalu, pertubuhan Islam terbesar di Indonesia, Nahdlatul Ulama menggesa penggunaan istilah kafir dihentikan, bagi merujuk golongan bukan Islam dalam isu berkaitan kewarganegaraan atau negara.

Langkah itu diambil mungkin bertujuan meredakan ketegangan antara agama menjelang pilihan raya presiden di Indonesia.

Nahdlatul Ulama yang mempunyai kira-kira 140 juta ahli, menerusi persidangan nasionalnya baru-baru ini berkata, orang bukan Islam tidak perlu dilabel kafir kerana mereka mempunyai kedudukan sama dalam hal ehwal negara.

Setiausaha Lembaga Bahtsul Masail Nahdlatul Ulama Jawa Timur, Ahmad Muntaha berkata, persidangan itu merumuskan orang bukan Islam digelar “muwathin” atau warganegara yang mempunyai hak dan kewajipan sama seperti umat Islam di Indonesia.

Harussani berkata, terpulang kepada Indonesia mahu memanggil orang bukan Islam “muwathin”, tetapi di Malaysia tidak sesuai jika istilah kafir tidak boleh digunakan untuk merujuk orang bukan Islam.

Sementara itu, Mufti Pahang Abdul Rahman Osman senada dengan Harussani.

Istilah kafir, katanya, boleh digunakan untuk merujuk kepada orang bukan Islam.

Beliau menyentuh tentang “kafir zimmi” dan “kafir harbi”.

“Istilah kafir itu diguna pakai turum temurun. Kalau tidak mahu sebut kafir boleh sebut zimmi atau harbi.

“Terpulang kepada pemerintah, tak ada lain daripada itu.

“Kita ada istilah yang dipersetujui. Di Malaysia, terpulang… Islam dipanggil ‘Muslim’ dan bukan Islam itu ‘non-Muslim’ atau kafir. Istilah tak wajib digunakan,” katanya.

Istilah kafir zimmi adalah orang bukan Islam yang meminta perlindungan daripada negara Islam dan membayar wang perlindungan.

Manakala, kafir harbi adalah orang bukan Islam yang diperangi umat Islam kerana mereka melanggar perjanjian yang termeterai antara mereka dengan orang Islam.

Pada 24 Julai lalu, Menteri di Jabatan Perdana Mujahid Yusof Rawa meminta supaya warganegara bukan Islam tidak dikalasifikasikan sebagai kafir harbi atau kafir zimmi kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang melindungi hak semua kaum.

Mujahid berkata, istilah tersebut tidak sesuai diguna pakai kerana Malaysia bukan negara Islam sepenuhnya.

Pada, Jun 2016, Abdul Rahman pernah dilaporkan berkata DAP yang jelas menentang pelaksanaan hukum Islam dan berhasrat menubuhkan sebuah negara sekular tergolong dalam kalangan kafir harbi yang wajib ditentang oleh umat Islam.

Kenyataan beliau itu disokong Harussani ketika itu.

DAP, jelas Harussani, memang secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud.

MR :  Yang salah ada pimpinan Islam baru ghairah nak tunjuk mesra kapir


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

10 ulasan:

  1. Perkataan 'kafir' terdapat dalam Al-Qur'an, mengapa pula sebilangan ulama Indonesia dan puak munafik liberal gatal tangan dan mulut mahu menukar istilah kafir semata-mata mahu menjaga hati puak kafir yang tidak pernah redha terhadap Islam dan umat Islam ??? Adakah mereka mahu berlagak bodoh sombong mahu menunjukkan mereka lebih bijak dari Allah?

    Di akhir zaman terdapat sebilangan ulama su' @ ulama jahat yang sesat lagi menyesatkan kerana mereka menjual agama untuk mendapatkan keuntungan dunia tetapi Allah tidak akan memberikan sebarang keuntungan kepada mereka selain dari siksaan neraka !

    Maka kita tidak terkejut melihat sebilangan rakyat Indonesia menukar agama atau murtad semudah menukar baju jika sikap dan integriti sebilangan ulama Indonesia boleh dipersoalkan!! Mengapa sebilangan ulama Indonesia yang berdiam diri seperti syaitan bisu dalam kes murtad dll?

    Kita tahu maksud jahat yang tersirat dalam usaha menghapuskan perkayan 'kafir' iaitu satu cara halus untuk menipu umat Islam supaya mereka mengiktiraf agama-agama kafir sebagai setaraf dengan Islam ( pluralisme) dan menyamakan taraf umat Islam dengan puak kafir.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pembetulan:

      Kita tahu maksud jahat yang tersirat dalam usaha menghapuskan perkataan 'kafir' iaitu satu cara halus untuk menipu umat Islam supaya mereka mengiktiraf agama-agama kafir sebagai setaraf dengan Islam (pluralisme) dan menyamakan taraf umat Islam dengan puak kafir.

      Padam
  2. Respon Ustaz Abdul Somad kepada isu kafir:

    https://youtu.be/4blfa4DWCr0

    BalasPadam
  3. Menafikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam bererti menafikan Perkara 3(1) dll dalam Perlembagaan Malaysia.

    Nampaknya jurucakap abang besar kafir harbi roket adalah sama bodoh dengan lembu yang suka makan rumput dan dedak cap roket kerana dia membuat kenyatan yang sangat bangang!

    BalasPadam
  4. Jika Allah menggunakan istilah kafir untuk orang-orang yang menolak Islam, mengapa pula sebilangan 'ulama' Indonesia dan puak munafik liberal Msia dan Indonesia mahu mengharamkan istilah 'kafir' ?

    BalasPadam
  5. Setiap orang beriman semestinya mereka Islam..Setiap orang Islam belum tentu mereka beriman. Dalam Al Quraan tiada surah Al Muslimun ( Islam ) tetapi ada Surah Al Kaafirun,Al Mukminun dan Al Munafiqun. Orang yang kafir bukan hanya merujuk kepada orang bukan Islam tetapi semua kepada mereka yang tidak beriman dengan Rukun Iman atau yang pura pura beriman. Kesimpulannya manusia hanya ada tiga kelompok sahaja yakni mereka beriman,kafir atau munafik .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Manusia terbahagi kepada:

      (1) Muslim yang beriman pada Rukun Iman dan menerima agama Islam 100% bukan 95% atau 50%.

      (2) Munafik yang berpura-pura beragama Islam tetapi hati mereka membenci dan memusuhi agama Islam dan umat Islam. Mereka bersekongkol dengan musuh Islam.

      (3) Kafir yang menolak Islam.

      Padam
    2. Maksud Muslim dalam no. (1):

      ".......Kami telah beriman kepada Allah, dan saksikanlah (wahai Nabi Allah) sesungguhnya kami ialah orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)."

      (A-li'Imraan 3:52)

      Padam
  6. Panggilla non muslim ka kapir ka...mereka tetap musuh Allah.

    BalasPadam
  7. Mengikut Al-Quran, falsafah, konsep, dan makna istilah "kafir" ini bukannya utk org2 bukan-Islam sahaja, malah lebih ditujukan kpd para ulama yg ada ditangan mereka kitab Al-Quran tetapi tdk percaya kpd Al-Quran, tdk mahu mgkaji dan menjana ilmu dari Al-Quran, atau lebih tepat lagi "menyembunyikan ayat2 Al-Quran".

    BalasPadam