Header Ads

ads header

Flash News

PAS tetap jadi pilihan disebalik tohmahan


LARUT: Permohonan keahlian yang semakin meningkat dan berterusan, sama sekali menjadi realiti sanggahan kepada serangan bertalu-talu dihadapkan musuh politik kepada PAS.

Perkara sama turut dialami PAS Kawasan Larut di mana PAS Cawangan Kampung Teras Pekan Ijok menerima Anugerah Ahli PAS Teramai sempena Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-57.

Anugerah disampaikan Timbalan Mursyidul Am PAS, Ustaz Dato' Ahmad Yakob kepada Ketua Cawangan, Mohd Faizal Ismail pada majlis yang berlangsung di Dewan Majlis Daerah Selama, di sini kelmarin.

PAS Cawangan tersebut telah mendaftarkan 30 ahli baru di mana penganugerahan tersebut disifatkan Faizal sebagai semangat untuk pihaknya terus bekerja memajukan parti.

Sementara itu, menurut Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Dun Kubu Gajah, Mohd Sidek Shafiee, penyertaan semakin ramai kepada PAS menunjukkan serangan PH gagal menggugat.

Bahkan katanya, rakyat dapat melihat sendiri realiti kehidupan yang dizahirkan para pimpinan PAS, khususnya Presiden PAS di mana tetap sederhana tidak sebagaimana tuduhan dilemparkan.

Majlis perasmian bersejarah tersebut julung kali juga menyaksikan kehadiran pimpinan Umno Bahagian Larut diketuai Dr Mohamad Amin Zakaria. - HARAKAHDAILY 25/3/2019

MR :  Parti AMANAH pula makin hari makin ramai keluar parti walaupun offer jawatan (ghanimah) sebab banyak jawatan daripada ahli.


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan