Header Ads

ads header

Flash News

Pemuda MCA tutup tugu ‘penceroboh’, wira lawan Jepun lebih wajar dihargai


KUALA LUMPUR, 25 Mac — Pemuda MCA Kedah hari ini menutup tugu ‘wira’ askar Jepun dengan satu kain rentang yang tertulis perkataan “Tugu Wira Anti Jepun” di Alor Setar.

Mereka berpandangan rakyat lebih memerlukan “Tugu Wira Anti Jepun” sebagai menyanjungi nenek moyang dan wira negara yang menentang pencerobohan tentera Jepun dahulu.

Dalam satu kenyataan, mereka menganggap tentera negara matahari terbit itu bukan wira tetapi mencabul kedaulatan negara, ketika menjajah selama tiga tahun lapan bulan.

“Mengapakah penceroboh negara diperingati dan disanjung tinggi, tetapi mereka yang mempertahankan negara kita pula diketepikan dan dilupakan?” kata Pemuda MCA.

“Bagaimana pula dengan orang-orang awam yang dibunuh dan diseksa dengan kejam oleh tentera Jepun?” kata mereka, menempelak pengajuran majlis perasmian tugu itu.

Justeru, Pemuda MCA Kedah juga sedia berdepan sebarang tindakan yang bakal diambil oleh kerajaan Pakatan Harapan Kedah berhubung tindakan mereka hari ini.

Semalam exco Kedah menurunkan papan maklumat bagi tugu askar Jepun itu kerana “kekeliruan dan kesilapan teknikal” dengan memberi gelaran wira kepada tentera Jepun.

Asmirul Anuar Aris menjelaskan beliau dan kerajaan negeri tidak pernah mengiktiraf tentera Jepun sebagai wira dan papan maklumat baru akan diganti oleh pihak berkaitan.

Dilaporkan pada Khamis lalu exco pelancongan itu merasmikan ‘Tugu Peringatan Askar Jepun’, yang sudah lama terbina di Perkarangan Pejabat Kementerian Pelancongan Kedah.

Ia dicantikkan semula menerusi pembiayaan Konsulat Jepun di Pulau Pinang. Majlis itu turut dianjur Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah dan Lembaga Muzium Negeri Kedah.


MR :  Puak PH ni belajar sejarah atau tidak?


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan