Header Ads

ads header

Flash News

'Penunggang Agama' : Kita Tengok Sia…


Telah menjadi trademark dan diimejkan kepada agamawan dan orang yang membawa imej islam yang mungkin mempunyai pendirian agama dan politik yang berbeza dengannya dengan gelaran 'penunggang agama'. Dengan harapan ia akan mematikan terus hujah dan langkah musuh politiknya itu bila diimejkan begitu. Yang digelar pula kelihatan mati kutu utk menangkis gelaran itu seakan insaf dan menerima dan mengesahkannya.

Istilah ini adalah perbincangan akademik yang mungkin menjadi sebahagian nota hadis dan istilah ini bukan menjadi milik sesiapa untuk kegunaan peribadinya sebagai peluru menembak musuh dalam pertelingkahan politik atau agama. Hakikatnya, siapa saja boleh dicop dengan gelaran ini selagi mana agama itu dijadikan binatang atau kenderaan tunggangannya. Menjelaskan teorinya secara jelas, mari kita perhatikan secara lebih berhemah, siapa yang sepatutnya di kategorikan dalam terma ini baru kita tahu siapa yg kena...

'Penunggang Agama' perlu didetailkan dalam analogi sebenar realiti 'seseorang menunggang kenderaan' iaitu manusia sebagai 'penunggang' manakala agama sebagai 'kuda tunggangan'. Kedudukan ini akan

menatijahkan satu maksud terpenting iaitu KUDA

ATAU KENDERAAN TUNGGANGAN 'WAJIB' MENTAATI PENUNGGANG. Ia bukan sebaliknya iaitu PENUNG‐

GANG MENTAATI PERINTAH KENDERAAN TUNG‐


GANGANNYA. Maka situasi pertama iaitu kenderaan tunggangan akan taat dan ikut apa saja yg dikehendaki penunggang dan kemana saja penunggang hendak pergi. Itulah yang disifatkan sebagai "menunggang". Adapun situasi kedua iaitu penunggang ikut dan taat kemana saja kenderaan tunggangannya hendak pergi , itu bukanlah sifat ' menunggang' yang sebenar kerana takkan logik penunggang tidak berkuasa menentukan kehendaknya dan kemana dia hendak pergi.

Untuk memahamkan analogi tersebut, cuba lihat orang yang digelar penunggang agama tadi, adakah dia yang menguasai dan mengarahkan kuda tunggangannya ( agama ) atau dia yang mengikut dan mentaati perintah kuda tunggangannya (agama ). Lebih senang lagi kita contohkan sekiranya sesuatu perintah itu penunggang yg keluarkan dan agama sebagai kuda tunggangan hanya mengikut sahaja, itulah menunggang agama. Namun sekiranya sesuatu perintah itu dikeluarkan oleh agama sebagai kuda tunggangan dan penunggang hanya taat saja, itu bukan menunggang agama. Ini adalah ' khadam' agama. Agama menjadi tuan dan penunggang menjadi khadam.

Adakah logik kuda tunggangan ( agama) mengeluarkan perintah 'Haram arak, judi dan babi' kemudian penunggang mentaati perintah itu... penunggang pula dianggap menunggang agama ?

Sedangkan penunggang yang sebenarnya ialah apabila agama mengeluarkan perintah ' haram arak , judi dan babi', maka, penunggang yang berkuasa menentukan perintah itu samada boleh praktis atau tidak mengikut kehendaknya, situasi dan pertimbangan penunggang. Maka inilah yang dikatakan " MENUNGGANG AGAMA". ( Baca analogi ini banyak kali bagi akal yang lemah ).

Maka, keputusannya...PAS yang dikatakan menunggang agama..adakah tepat gelaran itu diberikan apabila 'PENUNGGANG MENTAATI KUDA

TUNGGANGAN'?.... Fikir-fikirkan sedalam-dalamnya.

FITRAH KEMBALI KEPADA ISLAM

Kembalinya ketaatan masyarakat Islam kepada agama adalah fitrah akhir zaman yang termaktub dalam janji Allah. Maka, fenomena ini tidak disenangi oleh pembenci agama. Untuk menghentikan fenomena ini , maka mereka mewujudkan istilah-istilah buruk kepada pengamal perintah agama dengan istilah 'penunggang agama', 'lebai ', ' pentaksub' dalan sebagainya sebagai propaganda serangan utk melahirkan rasa bersalah dan hina dikalangan pengamal agama terhadap amalan mereka.

Mereka hanya berminat dengan amalan sekular dimana agama tidak dilibatkan dalam kehidupan politik , sosial dan ekonomi. Manakala penggunaan agama secara 'bersama' dengan ekonomi amat merimaskan mereka. Perniagaan 'tudung neelofa' tidak wajar dikaitkan dengan tuntutan wajib menutup aurat. Bagi mereka bisnes adalah bisnes. Apa perlunya bisnes kismis, minyak zaitun dan susu kambing dikaitkan dengan sunnah Nabi. Maka, untuk menghentikan nilai agama ini dikomersialkan secara dominan sehingga menenggelamkan nilai plural dan sekular mereka, maka mereka pun melancarkan propaganda 'penunggang agama'. Peliknya, ruparupanya mereka tahu agama ini 'melariskan' , tapi mereka tidak mahu mengambil manfaat darinya bahkan memaksa masyarakat mengikut trend mereka. Saranan saya, jika agama itu boleh melariskan 'jualan politik' anda , maka mari kita semua kembali kepada agama kerana 'jualan politik' anda nanti bukan sahaja akan memberi keuntungan politik sahaja, tetapi juga keuntungan akhirat. Kenapa memaksa diri lari dari agama sedangkan demandnya amat tinggi dan menguntungkan..? Cuma satu saja yang perlu dilengkapkan iaitu niat yang ikhlas. Sekiranya tidak mampu utk ikhlas sekalipun, paling tidak anda menyumbang kepada org yang hendak beragama iaitu 'menyediakan tudung' walapun sebenarnya anda berniat melariskan 'tudung neelofa'. Moga Allah memberi petunjuknya nanti. Rasulullah pun tidak menghalang sahabat yang mengikut berhijrah dengan baginda hanya kerana niat hijrah sahabat tersebut adalah untuk mengahwini wanita yang dicintai disana.

Cuma Rasulullah SAW ingatkan hijrahnya itu akan memberi hasil yang dia inginkan sahaja ( wanita yang ingin dikahwini itu shj ) dan tidak akan memberi manfaat akhirat ( pahala ). Terpulang pada anda.

Memang benar ada sebutan tentang kewujudan orang yang mempergunakan agama untuk habuan dunia. Tetapi harus difahami bahawa 'mempergunakan' itu bermaksud menipu, mengelat, mengeksploitasi sehingga mentafsir sendiri nas al-Quran dan hadis tanpa mengikut tafsiran ulama' muktabar yang akhirnya membawa kepada tahrif dan tabdil untuk kepentingan dunianya.

Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:

يخرج في آخر الزمِان رجال يختلون الدنيا بالدين يلبسون للناس جلودالضانِ من اللين، السنتهم احلى من السكر، وقلوبهم قلوب الذئاب، يقولاُ عز وجل: ابي يغترون، ام علي يجترئون؟ فبي حلفت لابعثن على

اِولئك منهم فتنةَ تدع الحليم منهم حيرانا

“Akan keluar di akhir zaman nanti beberapa orang yang mencari dunia dengan amalan din, mereka mengenakan pakaian di tengah-tengah manusia dengan kulit kambing yang lembut, lisan mereka lebih manis dari pada gula, tetapi hati mereka adalah hati serigala. Allah S.W.T berfirman, “Apakah terhadapKu mereka berani menipu ataukah mereka berani melawan Aku? Maka dengan Kebesaran-Ku, Aku bersumpah, Aku benar-benar akan mengirim kepada mereka fitnah yang mengakibatkan ulama yang teguh hati pun menjadi bingung.” Baarakallahu fiikum..

Fadh
Rembia, Melaka.
3/3/2019




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Islam membawa maksud taat,patuh serta damai..ia bertunjangkan iman serta amal soleh.Mengunakan Islam untuk Islam bukan bererti menunggang agama, tetapi mereka adalah pejuang agama, tetapi ada orang yang menjual agama untuk kepentingan dunia yang sedikit. Jadi tiada istilah menunggang agama sebagaimana tiada istilah ajaran sesat dalam Islam kerana setiap yang sesat itu secara automatik ianya bukan ajaran Islam

    BalasPadam
  2. tunggang agama dimulakan gengkhis Khan / keturunannya menggunakan Ulama Islam untuk mempengaruhi orang Islam bahawa kedatangan mereka untuk menghukum orang Islam yang dzalim. Mereka menyebarkan fahaman bahawa pemimpin kafir yang adil lebih baik dari pemimpin islam yang dzalim sambil mainkan naratif dan fitnag bahawa pemimpin yang bermewah mewah sebagai dzalim. tetapi kezaliman mereka berganda ganda.. harta ummat Islam dirampas dirogol dan dihina.

    BalasPadam