Header Ads

ads header

Flash News

PH menipu, Najib ‘congak’ ECRL boleh jadi RM130b


KUALA LUMPUR, 20 Mac — Datuk Seri Najib Razak berkata kos projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berjumlah RM130 bilion boleh dicapai jika memenuhi beberapa syarat “mustahil”.

Bekas perdana menteri mendakwa kos yang disebut Tun Dr Mahathir Mohamad dalam Dewan Rakyat hari ini adalah “propaganda menipu” Pakatan Harapan.

Najib menjelaskan dakwaan perdana menteri boleh berlaku antaranya jika faedah pinjaman RM55 bilion dari Exim Bank ialah 7 peratus setahun bagi tempoh 20 tahun.

“Tetapi kadar faedah sebenar adalah 3.25 peratus (bukan 7 peratus) seperti dalam surat pinjaman yang kerajaan BN dahulu telah persetujui,” coret Najib di Facebook.

Selain itu, wakil rakyat Pekan berkata, jumlah berkenaan boleh dicapai jika semua dana RM55 bilion yang dipinjam dan ia diguna sekaligus pada hari pertama.

“Ini mustahil kerana dana dari pinjaman untuk projek pembangunan hanya akan disalurkan secara berperingkat mengikut tahap pembinaan,” katanya lagi.

Katanya lagi, kerajaan juga tidak membayar balik satu sen pun secara ansuran untuk mengurangkan pokok atau prinsipal pinjaman selama tempoh 20 tahun.

“Ini juga mustahil kerana syarat pinjaman yang ditetapkan dari Exim bank ialah ECRL mula membayar balik prinsipal pinjaman secara beransuran selepas ECRL mula beroperasi iaitu pada tahun ketujuh,” katanya.

Najib berkata faktor lain, ECRL mesti tidak menjana sebarang pendapatan melalui penumpang atau kargo sementara kerajaan pula tidak mendapat hasil dari cukai tanah, peribadi, duti setem, atau peningkatan nilai hartanah di kawasan sekitarnya.

“Jika semua syarat dipenuhi, baru betul kos ECRL boleh mencapai RM130 bilion seperti diumumkan oleh kerajaan PH hari ini,” katanya.

Justeru bekas presiden Umno itu menyifatkan kos RM130 bilion yang diumumkan adalah “propaganda menipu dari PH untuk memburukkan kerajaan BN dahulu”.

MR :  ............


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!







............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. KERAjaan YANG ADA TERTUBUH DGN PERBUATAN FITNAH DAN PEMBOHONGAN AKAN SENTIASA MENIPU RAKYAT

    BalasPadam