Header Ads

ads header

Flash News

Retak makin terbelah


‘Peperangan’ yang berlaku antara Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali nampaknya menimbulkan pelbagai reaksi daripada ramai pihak.

Terbaharu, Ketua PKR cabang Jelutong, Shahrudin Mohd. Shariff mewakili peringkat akar umbi menzahirkan perasaan kecewa terhadap kenyataan keras yang dikeluarkan Presiden mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Mohamed Azmin.

Menurut Shahrudin, Anwar tidak sepatutnya ‘menyerang’ Mohamed Azmin secara terbuka seolah-olah memberi andaian Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu ialah seorang yang tidak berprinsip dan berjuang hanya kerana mahukan jawatan.

Bagi Shahrudin, kritikan Anwar terhadap Mohamed Azmin dilakukan dalam keadaan dipengaruhi emosi dan hanya mahu membela kenyataan puteri sulungnya, Nurul Izzah.

Selain itu, Shahrudin turut menegur tindakan puteri sulung Anwar yang mengeluarkan kenyataan bersifat serangan kepada Pakatan Harapan (PH) dan melihat perkara tersebut sebagai tidak sepatutnya berlaku.

“Hal ini memberi gambaran tiada perpaduan mahupun disiplin dalam kalangan kepemimpinan PH. Kami di peringkat akar umbi PKR mahu Anwar mengambil sikap sebagai pemimpin yang dapat menyatupadukan parti dan bukannya membakar sentimen perpecahan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Anwar ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini memaklumkan yang kenyataan Nurul Izzah sengaja diperbesar-besarkan oleh akhbar The Straits Times Singapura.


MR :  Tunggu masa terus hancur


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Menghadapi Kolesterol TINGGI!!?? Dapatkan PENCAIR KOLESTEROL DISINI>>>>KLIK SINI<<<<






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan