Header Ads

ads header

Flash News

Ronnie Liu nasihat PH supaya sekadar jadi Melayu boneka aje...


Ahli jawatankuasa eksekutif DAP, Ronnie Liu mengingatkan Pakatan Harapan agar tidak menjadi lebih Melayu berikutan kekalahan mereka pada pilihan raya kecil DUN Semenyih, Sabtu lalu.

"Akan ada beberapa pemimpin PH yang mula ketakutan berhubung kekalahan di Semenyih dan mendesak supaya mereka menjadi lebih Melayu.

"Dalam perkataan lain, mereka mahu PH menjadi 'lebih Umno' daripada Umno atau mungkin juga ‘lebih PAS’ daripada PAS.

"Sekiranya PH atau parti komponennya mengikut laluan itu, ini akan menjadi kesilapan terbesar," katanya dalam satu kenyataan.

Liu berkata bahawa PH muncul sebagai pemenang pada pilihan raya umum tahun lalu kerana ia membawa mesej pluralistik.

Justeru, katanya, meniru BN semata-mata kerana kekalahan di Semenyih akan membawa padah dan bertentangan dengan apa yang diperjuangkan oleh gabungan pemerintah selama ini.



PH gagal mempertahankan Semenyih daripada BN pada Sabtu lalu, selepas hanya 10 bulan menawan kerusi DUN Selangor itu pada pilihan raya umum ke-14.

Susulan kekalahan itu, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali menggesa kerajaan pusat tidak lagi "apologetik" dalam melaksanakan janji yang melibatkan agenda Melayu dan bumiputera.

Liu walau bagaimanapun mencadangkan kepada Putrajaya memberi tumpuan kepada agenda berasaskan keperluan.

"Apabila kamu mempunyai agenda Malaysia, secara definisi kamu membantu orang Melayu, kerana orang Melayu adalah komponen terbesar masyarakat Malaysia," katanya.

"Bukankah lebih baik menaikkan taraf keseluruhan masyarakat itu dan bukannya sekadar kelompok tertentu?"



Jika PH menggandakan usaha pembaharuan dan komitmennya terhadap pluralisme, Liu berkata, rakyat akan tahu siapa yang sepatutnya mereka menyokong.


MR :  Jadi Melayu bodoh supaya senang dibuli....


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan: