Header Ads

ads header

Flash News

Sekilas Pandang Mccbchs & Interfaith Commission


Malaysian Consultative Council of Budhism, Christianity, Hinduism and Sikhs (MCCBCHS) pada tahun 2001 telah menubuhkan sebuah gerakan dinamakan Interfaith Commission (IFC).

Sejurus selepas penubuhan IFC, sebanyak 14 tuntutan telah diluahkan kepada kerajaan Malaysia iaitu;

i. Seorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak mengharuskan secara terus menjadi orang Islam.

ii. Orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberi kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

iii. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.

iv. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

v. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.

vi. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.

vii. Orang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seseorang yang memeluk Islam hendaklah diberi hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

viii. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggarakan rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

ix. Orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

x. Bible dalam bahasa Malaysia dan Indonesia sepatutnya dibenarkan kepada umum secara terbuka.

xi. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

xii. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah dihapuskan. Program dakwah agama lain selain Islam hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

xiii. Orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang bukan Islam.

xiv. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

Walaubagaimanapun, penubuhan IFC ini telahpun dinafikan oleh Pejabat Pendaftar Pertubuhan ROS pada tahun 2014, dan tuntutan diatas ‘senyap’ setelah mendapat kecaman umum.

Namun begitu, kerajaan BN ketika itu memperkenalkan Jawatankuasa Mempromosi Perpaduan dan Keharmonian Antara Agama (JKMPKA) yang turut melibatkan MCCBCHS ini.

Natijahnya, saban tahun dilihat walaupun ada wakil Islam dalam JKMPKA ini, namun suara MCCBCHS ini sangat kuat lebih-lebih lagi melibatkan isu umat Islam yang terkait perundangan. PEMBELA, empat tahun lalu pernah menghantar memorandum agar Menteri di JPM Datuk Jamil Khir untuk mendesak agar suara umat Islam tidak diperkecilkan.

Hari ini, ternyata, mereka tidak pernah berputus asa. Gerakan demi gerakan, perancangan demi perancangan tidak pernah lesu dan lenyap.

Himpunan Solidariti yang dianjurkan Sabtu lalu mengembalikan nama MCCBCHS dipersada nasional. Kita tidak ada masalah untuk berhimpun meyatakan solidariti buat mangsa pengganas Islamophobia di #ChristChurch, tetapi kita nak ingatkan kepada kerajaan hari ini, agar berhati-hati dengan siapa yang kamu sedang dampingi.

Sebagaimana suara kami ketika terhadap kerajaan lama dahulu, begitu juga dengan apa yang berlakj harini, lebih lebih lagi, kerajaan ini dikenali dengan kerajaan mesra liberal demokratik!

Jangan langgar garis merah itu.

Sekian.

Hazwan Mohamad


MR :  Awasi agenda kapir, awasi kebodohan PH


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Menghadapi Kolesterol TINGGI!!?? Dapatkan PENCAIR KOLESTEROL DISINI>>>>KLIK SINI<<<<






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. PERKARA 3(1) PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN (Islam ialah agama bagi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan) TIDAK MEMBENARKAN AGAMA KAFIR DIAMALKAN DI MALAYSIA JIKA AGAMA KAFIR MEMUSUHI AGAMA ISLAM DAN MENAFIKAN UMAT ISLAM.

    Allah telah berfirman yang bermaksud:

    "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu."(Al-Baqarah 2:120) |

    Sesungguhnya puak kafir harbi dan puak munafik sekular liberal tidak pernah redha terhadap agama Islam dan umat Islam maka musuh Islam ini sentiasa berusaha dengan pelbagai strategi jahat dan keji untuk menghina, menfitnah dan memburuk-burukkan dan memusnahkan agama Islam, ulama Islam, institusi Islam, parti Islam dan umat Islam yang cintakan Allah dan RasulNya.

    Maka kita semua tidak terkejut apabila kita melihat puak kafir harbi sentiasa campurtangan dalam urusan dan hal ehwal agama Islam untuk menyesatkandan memurtadkan umat Islam walaupun pada masa yang sama puak kafir harbi ini tidak membenarkan kita campurtangan dalam hel ehwal agama kafir mereka.

    Jika kita bercakap tentang agama kafir mereka, mereka akan meroyan histeria menyalak buat heboh di seluruh negara dan buat news conference untuk menyebarkan dakwaan karut marut ke seluruh dunia konon orang Islam menindas hak orang kafir walaupun puak kafir yang kononnya tertindas di negara kita merupakan puak terkaya yang menguasai ekonomi dan politik di negara kita. Ini jelas membuktikan puak kafir harbi ini adalah pembohong yang amat hina, hipokrit dan menjijikkan !

    Maka ini jelas membuktikan puak kafir harbi adalah kepala bapak hipokrit yang berpura-pura menyokong hak kebebasan beragama tetapi pada masa yang sama mereka menindas agama Islam dan menafikan hak umat Islam di negara umat Islam sendiri.

    Nampaknya pemimpin-pemimpin Melayu sekular liberal telah kehilangan telur sehingga mereka takut untuk membela Islam dan umat Islam dan mengutuk puak kafir harbi kerana telur mereka telah dipegang oleh puak kafir harbi.

    BalasPadam