Header Ads

ads header

Flash News

Serangan Christchurch: Mangsa Terkorban Meningkat 49 Orang


CHRISTCHURCH – Angka kematian dalam serangan di masjid Al Nooor, Christchurch, New Zealand telah meningkat kepada 49 orang demikian menurut laporan AFP.

Maklumat mengenai kejadian setakat ini seperti dilaporkan CNN:

Berlaku pada pukul 1.30 petang waktu tempatan, lelaki bersenjata menyerang dua masjid di Christchurch.

Polis ‘mengepung’ bandar Christchurch sebagai maklum balas, termasuk sekolah dan bangunan kerajaan. Dalam masa beberapa jam, polis memaklumkan empat ditahan – tiga lelaki dan seorang wanita.

Dalam media sosial sebelum serangan, akaun dipercayai milik salah seorang penyerang menyiarkan pautan manifesto setebal 87 muka surat yang penuh dengan anti-pendatang, anti-Muslim dan penjelasan mengenai serangan.

Menurut Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern berkata, bom ditemukan pada kereta penyerang.

Salah seorang suspek bertindak menyiarkan serangan secara ‘livestream’.

Sedikit yang diketahui mengenai penyerang. Salah seorang disahkan warga Australia.

Ardern mengesahkan penyerang tidak berada dalam senarai pemerhatian keselamatan. – Agensi

MR :  Umat Islam perlu sedar dan insaf... bukan masa untuk bermusuhan sesama sendiri


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!







............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan