Header Ads

ads header

Flash News

Serangan masjid di Christchurch, rakyat Malaysia cedera


Seorang rakyat Malaysia cedera dalam insiden tembakan di sebuah masjid di Christchurch, New Zealand pada Jumaat.

Menurut akaun Twitter rasmi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington, mangsa kini menerima rawatan di sebuah hospital.

"Seperti yang dilaporkan, terdapat insiden tembakan di sebuah masjid di Christchurch pada pukul 1.40 tengah hari (8.40 pagi waktu Malaysia) hari ini.

“Suruhanjaya Tinggi kini berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan butiran lanjut mengenai mangsa. Setakat ini, seorang rakyat Malaysia disahkan cedera dan kini menerima rawatan di sebuah hospital," menurut tweet itu.

Satu lagi tweet oleh Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah menyebut mangsa kini dalam keadaan stabil dan isterinya telah dihubungi.

Butiran mangsa belum dikeluarkan.

Sementara itu, Suruhanjaya Tinggi juga meminta rakyat Malaysia yang terjejas dalam insiden itu dan memerlukan bantuan agar menghubungi mereka di talian +64210440188 atau mwwellington@kln.gov.my.

Menurut laporan, polis di New Zealand telah mengesahkan beberapa kematian dalam insiden tembakan di dua buah masjid di bandar Christchurch.

"Seorang telah ditahan, bagaimanapun polis percaya bahawa mungkin terdapat pesalah lain.... Ini adalah satu insiden yang sedang berlaku dan kami berusaha untuk mengesahkan fakta ini…," kata Polis New Zealand melalui akaun Twitter.

Beberapa orang terbunuh manakala beberapa lagi cedera apabila seorang penembak melepaskan tembakan rambang di sebuah masjid yang penuh sesak menjelang solat Jumaat di bandar Christchurch, New Zealand hari ini.

AFP yang memetik media tempatan melaporkan sekurang-kurangnya enam terbunuh dan bandar di Pulau Selatan itu kini ditutup kepada orang ramai.

Pesuruhjaya polis New Zealand, Mike Bush menggesa orang ramai agar tidak mengunjungi mana-mana masjid hari ini.

“Saya mengarahkan agar sesiapa yang berfikir untuk pergi ke masjid malam ni, agar membatalkan niat anda, tutup pintu rumah anda sehingga kami benarkan,” kata Bush yang dipetik oleh New Zealand Herald.


Polis New Zealand juga dikerah menutup bandar Christchurch susulan insiden tembakan berkenaan.
“Polis bertindak balas menggunakan keupayaan sepenuhnya untuk mengawal keadaan, namun risikonya masih terlalu tinggi kerana kami percaya ada penembak yang masih bebas,” kata polis dalam satu kenyataan.

Serangan dilaporkan berlaku di dua lokasi berbeza.

Media tempatan melaporkan polis berjaya memindahkan mangsa yang terperangkap di satu lagi lokasi.

Difahamkan, Masjid Al Noor salah satu lokasi kejadian, sesak dengan jemaah yang datang untuk solat Jumaat, termasuk pasukan kriket Bangladesh.


Akhbar The Guardian memetik Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern sebagai berkata serangan bersenjata hari ini sebagai ‘hari gelap kepada New Zealand’.

Menurut Ardern, kejadian itu adalah sesuatu yang luar biasa, mengejutkan dan di luar jangkaan.
“Mangsa-mangsa ini memilih New Zealand sebagai rumah mereka, jadi mereka adalah sebahagian daripada kita,” katanya.

- Bernama

MR :  Umat Islam luar negara selalu menjadi mangsa


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!







............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan