Header Ads

ads header

Flash News

Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama jadi menteri


siapa senohong gelama ikan duri
bercakap bohong, lama-lama mencuri,

siapa senohong gelama ikan duri
bercakap bohong, lama-lama jadi menteri


Apakah hanya PAS saya berbohong untuk menyelamatkan parti? Apakah parti-parti lain atau orang lain tidak pernah berbohong?. Sucikah kita semua daripada bohong, tipu dan dusta?

Terus terang, saya tidak seratus peratus suci. Tidak suci daripada dosa-dosa kecil, termasuk terpaksa kadangkala berbohong bagi tujuan tertentu.

Bagaimana dengan poster-poster kempen pilihan raya yang ditampal sana sini, ketika PRU 14, mengatakan wakil rakyat yang bertanding mempunyai kelulusan ini dan itu. Tidak itu bohong dan menipu. Bapak pembohong dan bapak penipu.

Kenapa baru sekarang menafikan apabila isu bohong mengenai kelayakan menteri dan timbalan menteri tersebut menjadi viral? kenapa tidak dinafikan sejak poster itu dinaikkan ketika kempen? Takkan menteri tidak tahu. Bila terkena hidung sendiri, bukan bohong, bila kena pada orang lain bohong, penipu dan sebagainya.

Mana lebih teruk bohong menyelamatkan diri dengan menyelamatkan parti. Saya fikir bohong menyelamatkan diri lebih hina daripada parti. Diri sendiri menanggung dosa, parti tidak menanggung dosa. Parti bukannya manusia.

Pemimpin ultra kiasu, tidak kira Melayu dan Cina beriya-iya menyerang PAS mengenai bohong. Apakah mereka tidak pernah berbohong selama ini dengan isteri, parti dan sebagainya. Berani bersumpah? Tak usahlah nak menjadi malaikat.

Mereka yang berkahwin dua, tiga dan empat, dok pakat-pakat bohong dengan isteri-isteri untuk menyelamatkan dan mententeramkan rumahtangga masing-masing. Saya sudah masak dengan permainan mereka ini.

Apatah lagi orang politik. Orang yang paling tidak boleh dipercayai jika mengikut survey yang dibuat pada tahun 2006. Antara 15 profesion kerja, yang paling tidak boleh dipercayai adalah orang politik.

Jadi, apakah Pas sahaja yang berbohong, parti lain adalah malaikat? 15 kategori manusia yang boleh dipercayai. Lihat jadual di bawah 


 Sumber: The Star 2006 dan NST, 2006

Apabila survery atau penyelidikan dibuat, sebahagian percaya bahawa ahli politik yang paling tidak boleh dipercayai atau paling banyak berbohong. Yang paling boleh dipercayai adalah doktor, guru, pensyarah, imam, saintis dan lain-lain. Ahli politik berada pada tahap integriti paling rendah.

Bermaksud, orang politik yang paling banyak menipu, tidak boleh dipercayai. Tok sah lah menjadi jadi malaikat yang berselindung disebalik nama, keadilan, amanah dan apa jua nilai yang diletakkan dalam nama parti.

Apakah kita tidak berbohong apabila berkempen, hari ini menang pilihan raya, esok turun harga minyak. Hari ini menang pilihan raya, esok tol dihapuskan. Hari ini menang pilihan raya, esok buat jalan raya atau lebarkan jalan raya. Ini bukan sahaja berbohong tetapi bapak pembohong. Mana mungkin perkara ini boleh dibuat sekelip mata. Semua bohong bossku.

Begitu juga kes liwat ultra kiasu ini, siapakah yang sebenarnya berbohong? Liwat atau tidak?

Bagaimana pula dengan “Langkah Kajang” 2014? apakah tidak bohong. Malaikatkah ultra kiasu ini?

Ultra kiasu ini menidakkan sebarang usaha untuk menjatuhkan MB ke 14, Khalid Ibrahim daripada jawatannya sebagai MB Selangor, bagi memberi laluan kepada ultra kiasu ini.

Tidak semena-mena ADUN Kajang letak jawatan untuk memberi laluan kepada ultra kiasu ini. Tuhan Maha Kaya, tiba-tiba ultra kiasu ini tidak layak bertanding kerana disabitkan kesalahan oleh Mahkamah atas tuduhan Liwat 2.0. Ini tipu ke bohong?

Selain bohong, mereka turut berkomplot untuk menjatuhkan seseorang yang Menteri Besar yang berintegriti. Akhirnya, ultra kiasu ini terpaksa memohon maaf atas kesilapan itu kepada Khalid Ibrahim di mahkamah.

Dahsyat sungguh komplot dan diselubungi bohong, tipu daya dan dusta. Sebab itu jangan mengata dulang, paku serpih. Mengata orang sendiri yang lebih.

Dalam Islam, bohong itu ‘dibenarkan’ jika boleh menimbulkan mudarat yang lebih besar. Apakah parti ultra kiasu Cina tidak pernah berbohong dalam memperjuangkan dan mempertahankan agenda Cina mereka.

Saya amat yakin, mesyuarat sesama mereka sendiri, berbeza dengan mesyuarat yang dihadiri oleh Melayu ultra kiasu dalam kalangan parti mereka sendiri.

Sama juga isu yang berlaku apabila seorang menteri ultra kiasu membawa isteri bersama menghadiri mesyuarat rasmi bersama menteri sejawatan di China. Bohong atau tidak kenyataan bahawa isterinya dibawa bersama atas dasar jemputan.

Jika dijemput sekalipun, sepatutnya sebagai seorang menteri, beliau sepatutnya menolak. Isterinya boleh bersama dalam acara tidak rasmi tetapi bukan mesyuarat dua hala. Atas status apa isteri untuk duduk bersama dalam mesyusrat?

Bagaimana jika isteri turut bercakap dan memberi pandangan? Begitu juga rahsia kerajaan yang tidak sepatutnya diketahui oleh orang luar? Bohong atau tidak. Tanyalah bakal perdana menteri ultra kiasu tersebut.

Saya belum pernah melihat ada dalam kalangan perdana menteri kita membawa isteri ke dalam mesyuarat rasmi meskipun dijemput. Biasanya, mereka ada acara tersendiri.

Maka benarlah apa yang dikatakan oleh seorang menteri sebelum ini, siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama jadi menteri. Tidak mustahil, juga bercakap bohong tidak menjadi perdana menteri.

Prof. Dr. Mohd Ridhuan Tee bin Abdullah



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Bercakap bohong lama2 mencuri

    Najib sudah terkenal sebagai pencuri

    RM2.6 billion masuk ke akun bank nya sudah di akui

    BalasPadam
  2. Kalau orang politik yang paling banyak menipu, tidak boleh dipercayai saja, itu bukan masalah besar. Ada bersepah begitu di negara ini.

    Masalah besar nya ia lah orang politik di dapati terima RM2.6 billion dalam akaun bank nya. Mula2 tak mengaku, kemudian mengaku. Tak mahu kasi tau dari mana. Berteraburan konco2 nya keluarkan teori dari mana datang nya.

    Akhir nya mengata itu derma dari anak Raja Arab Saudi. Tapi hingga sekarang tidak ada bukti. SPRM dah keluarkan 43 tuduhan ke atas nya.

    BalasPadam