Header Ads

ads header

Flash News

Siasatan awal dapati tiada sabotaj – mufti


Siasatan awal forensik bomba mendapati tiada unsur sabotaj terhadap kereta Mufti Perlis yang terbakar awal pagi tadi, kata Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Katanya kemungkinan kebakaran berlaku dari dalam enjin di bahagian bateri.

“Tidak ditemui unsur luaran,” kata Mohd Asri.

“ Apapun, kita menunggu laporan sepenuhnya siasatan PDRM dan forensik BOMBA secara rasmi.”
 
 
Ketua Polis Perlis Noor Mushar Mohd pagi ini dilaporkan berkata kereta Honda Accord berwarna hitam itu terbakar rosak teruk di bahagian bonet, enjin dan cermin hadapan serta belakang.

Polis tidak menolak kemungkinan ia adalah angkara khianat berikutan terdapatnya kesan pecah pada cermin akibat dibaling botol petrol.

Ketua Polis Daerah Kangar Supt Wari Kiew berkata perbuatan itu disyaki dilakukan individu tidak dikenali.

Menulis di Facebook pagi ini, Asri perkara beliau menyedari musibah melanda keretanya pada jam 5.30 pagi ketika bersiap untuk solat Subuh.

Katanya, kereta itu biasanya diletakkan di pejabat.

“Takdir Allah beberapa hari ini saya parking di rumah selepas program sebelah malam. Rumah saya pula memang tidak menutup pagar sejak dahulu.

“Ini bagi membolehkan orang masuk terus ke pintu. Apatah lagi loceng rumah sudah lama rosak,” jelasnya.


MR :  Setiap kejadian ada hikmahnya supaya kita insaf kepada Allah s.w.t.


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!







............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Di suroh muhasabah .

    BalasPadam
  2. Adakah ini peringatan Allah untuk mufti yang suka memburuk-burukkan perjuangan Islam dan parti Islam ???? Sesungguhnya api neraka jauh lebih panas dari api kereta yang terbakar!!!

    BalasPadam