Header Ads

ads header

Flash News

Sisa disyaki bahan kimia dibuang di Sungai Klang


SHAH ALAM, 14 Mac — Pembuangan sisa-sisa disyaki bahan kimia oleh pihak tidak bertanggungjawab dikesan berlaku di Sungai Klang hari ini.

Pengarah Lembaga Urus Air Selangor (Luas) Datuk Hashim Osman berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira pukul 6 petang tadi.

“Pihak kami telah ke lokasi kejadian untuk mengenal pasti bahan kimia tersebut, dan mengambil tindakan pencegahan pencemaran.

“Setakat ini maklumat yang kami peroleh bahan kimia itu dipercayai dibuang ke dalam longkang dan mula mengalir ke dalam Sungai Klang,” katanya ketika dihubungi.

Hashim berkata siasatan juga sedang dijalankan berhubung keluasan kawasan pencemaran dan akan memaklumkan perkembangan terkini apabila memperoleh maklumat lengkap.

Terdahulu, Luas memuat naik maklumat dan gambar mengenai pembuangan sisa disyaki bahan kimia tersebut di laman sosial Facebook miliknya petang tadi. — Bernama

MR :  Entah-enta tasik Putrajaya pun ada sisa toksid --- air kencing atuk!!


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!







............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan