Header Ads

ads header

Flash News

Skandal terowong: Mana integriti yang diperjuangkan?


SAYA percaya, serangan bertali arus yang dihadapkan kepada PAS sebenarnya adalah cubaan untuk menutup pekung isu projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Pihak SPRM telah menahan seorang ahli korporat, membekukan empat akaun syarikat dan menyita beberapa aset yang dipercayai berkaitan dengan projek tersebut.

Adakah skandal ini turut membabitkan pemimpin DAP khususnya bekas Ketua Menteri Pulau Pinang?

PAS menuntut Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan DAP untuk menyediakan satu butiran lengkap pelan asal projek terowong dasar laut tersebut.

a) Berapakah jumlah sebenar kos projek,

b) adakah ia ditender secara terbuka dan sekiranya ia adalah tender terbuka, sila dedahkan perincian tender tersebut.

c) apa sebenarnya terma-terma yang dipersetujui antara pemaju dan LGE, termasuk perjanjian pertukaran lot-lot tanah di lokasi strategik Pulau Pinang

d) kemukakan latar belakang pemaju dan semua rakan kongsi yang terlibat. Adakah mereka pihak yang berpengalaman dan berkemampuan untuk melaksanakan projek dengan skala ini?

Malah, kajian keboleh laksanaan (feasibility study) projek tersebut yang telah menelan belanja sebanyak RM305 juta masih belum dimuktamadkan sehingga Januari lalu.

Kini, rakyat berhak mendapatkan penjelasan sebenar projek ini setelah lebih setahun siasatan SPRM berjalan.

Justeru projek ini turut melibatkan kepentingan rakyat disebabkan terdapat dakwaan yang menyatakan bahawa kaedah pembayarannya membabitkan pertukaran tanah (land swap) dan menjejaskan ekosistem persekitaran.

Rakyat tidak boleh dinafikan hak untuk mengetahui status atau hasil siasatan skandal projek terowong dasar laut yang sedang berlaku sekarang.

eberapa tahun yang lalu, saya telah membangkitkan isu ini dan saya telah disaman oleh Ketua Menteri YAB Lim Guan Eng pada masa itu.

Kini apa yang telah saya bangkit sejak awal dulu semakin menampakkan kebenarannya.

Bangkai gajah tidak dapat ditutup dengan nyiru.

NASRUDIN HASSAN24 Jamadil Akhir 1440 | 2 Mac 2019



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Gasak apek guan eng kaki rasuah sampai tumbang

    BalasPadam
  2. Abang besar roket yang dianggap 'suci' oleh barua-barua dedak roket @ tentera kacang merah (RBA) adalah kepala bapak penyamun yang disokong oleh puak munafik liberal untuk melingkupkan ekonomi umat Islam dan ekonomi negara dan memecah-belahkan umat Islam dengan pelbagai cerita dongeng.

    Malangnya terdapat puak mangkuk ayun yang suka dikencing berulang kali oleh abang besar roket dan khadam-khadam liberalnya sehingga hancing seluruh negara.

    BalasPadam