Header Ads

ads header

Flash News

Statistik kes HIV: Tolak fitnah DAP


SEBELUM ini (pada 6 dan 9 Mac 2019), pimpinan utama DAP (Lim Guan Eng dan Nga Kor Ming) melompat lantun tidak ubah seperti “kera kena belacan”, lalu menyerang kerjasama PAS dan Umno apabila dilihat ummat Islam kian bersatu. (saya telah jawab pada siri penulisan yang lalu)

Terkini, (pada 21 Mac 2019) Adun Keranji (DAP) Perak, Chong Zhemin pula kepanasaran lantas menempelak Kelantan kerana tiada pawagam lalu mendakwa kononnya Kelantan catat kes HIV tertinggi.

Realitinya:

Statistik yang dicatat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagaimana yang disunting oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES):-

Statistik kes HIV tahun 2015

01. Selangor: 767 kes
02. Johor: 451 kes
03. Wilayah: 448 kes
04. Sabah: 233 kes
05. Sarawak: 230 kes
06. Pahang: 177 kes
07. Kelantan: 169 kes
(Negeri-negeri lain mencatat kes yang lebih rendah berbanding negeri-negeri di atas.)

Statistik kes HIV tahun 2016:

01. Selangor: 888 kes
02. Wilayah: 499 kes
03. Johor: 321 kes
04. Sarawak: 258 kes
05. Sabah: 256 kes
06. Pahang: 212 kes
07. Kelantan: 189 kes
(Negeri-negeri lain mencatat kes yang lebih rendah berbanding negeri-negeri di atas.)

6. Statistik kes HIV tahun 2017:

01. Selangor: 986 kes
02. Wilayah: 464 kes
03. Johor: 347 kes
04. Sarawak: 226 kes
05. Sabah: 211 kes
06. Pulau Pinang: 193 kes
07. Kedah: 187 kes
08. Perak: 154 kes
09. Kelantan: 136 kes
(Negeri-negeri lain mencatat kes yang lebih rendah berbanding negeri-negeri di atas.)

Selepas ini, entah apa lagi fitnah murahan yang bakal direka cipta oleh bangsa DAP untuk menutup isu skandal terowong di Penang dan juga mendepani gelombang kerjasama PAS dan Umno yang bakal merubah lanskap politik tanah air.

Saya percaya, DAP telah hilang sentuhan politik waras. Kini mereka terpaksa menggunakan skil politik fitnah dan gaya politik provokasi untuk mencetus keresahan rakyat agar tidak menyokong kerjasama PAS dan Umno.

Namun saya memberi keyakinan penuh kepada rakyat khasnya anak-anak muda yang cerdas akal dan celik politik untuk menilai dan menolak politik provokasi dan politik fitnah yang diamalkan oleh DAP mutakhir ini.

Politik arrogant DAP yang dilihat sedang mendominasi kerajaan Pakatan Harapan hari ini semakin hilang kawalan. Terhuyung hayang “kemabukan” di bawah pengaruh emosi teruja berada di puncak kuasa.

Tolak Fitnah DAP


NASRUDIN HASSAN15 Rejab 1440 | 22 Mac 2019

MR :  PH kaki putar belit fakta, kaki fitnah dan pencipta persepsi buruk kepada PAS.. itu fakta, manakalah AMANAH tukang ia tanpa kira dosa dan pahaha. IKRAM pula gadai perjuangan sokongan AMANAH


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!







............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

3 ulasan:

  1. yakin ke yang daftar kat negeri lain memang orang negeri tu...

    BalasPadam
  2. Pakatan Hancing pimpinan abang besar kafir harbi biaDAP adalah pendusta yang terlalu terdesak sehinggakan mereka sanggup menolak fakta, bukti dan statitistik rasmi supaya mereka boleh mencipta pelbagai fitnah untuk memburuk-burukkan ajaran Islam, ulama Islam, institusi Islam, perjuangan Islam, parti Islam dan umat Islam yang cintakan Allah dan RasulNya.

    Maka kita tidak terkejut melihat puak pendusta hancing terutamanya puak kafir harbi ini sentiasa menghina, menfitnah dan memburuk-burukkan umat Islam yang cintakan Allah dan RasulNya , menyokong perjuangan Islam dan hak umat Islam dan menolak pakatan munafik liberal-kafir harbi.

    Sokongan pakatan hancing terhadap kemungkaran dan kesesatan seperti LGBT, Syiah, Qadiani, Evangelisme, feminisme, liberalisme, sekularisme, pluralisme, festival arak dll dan sikap mereka menentang ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam jelas membuktikan pakatan hancing ini adalah kepala bapak hipokrit yang tidak bermoral.

    Sesungguhnya banyak fitnah sedang dan akan muncul di akhir zaman ini untuk menyesatkan dan memecah-belahkan umat Islam maka umat Islam perlu berpegang teguh pada tali Allah dan mengikuti ulama-ulama Islam yang dibenci oleh puak munafik sekular liberal dll dan puak kafir kerana puak munafik dan puak kafir tidak pernah redha terhadap agama Islam dan umat Islam yang cintakan Allah dan RasulNya.

    BalasPadam
  3. Lawatan Najib ke Kuala Nerus.
    ============================


    1. Saya kurang faham apa perlu Najib dijemput ke Kuala Nerus

    2. Kuala Nerus telah didmenangi oleh PAS. Musuh UMNO bukannya PAS

    3. Apa sebenarnya motif UMNO menjemput Najib ke sana?

    4. Sepatutnya Najib melawat tempat2 yang di menangi oleh PH...yang jika undi BN dan PAS dicampurkan akan melebihi undi PH.

    5. Saya harap ini kali terakhir Najib melawat kawasan yang di menangi oleh PAS, atas alasan ia mungkin mengundang perasan curiga dari pehak PAS. Dan akan merosakkan proses perpaduan ummah.

    BalasPadam